Ketika PH Jadi Kerajaan, Penonjolan Kaum Tertentu Banyak Mengguris Hati Veteran Tentera

Hebahkan !!!

KAHANG – Cara pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dilihat menjejaskan kestabilan kerajaan dan ada satu kaum cuba menonjol lebih daripada kaum lain tidak seperti, ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Ketua Cawangan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Kahang, Sembrong Mohd Hanifah Syed Ghani berkata selain itu kemunculan kaum berkenaan dalam kerajaan juga banyak mengguris hati veteran tentera.

“Dari segi kestabilan, 60 tahun BN memerintah, rasa kemakmuran tu memang ada, rakyat sentiasa makmur, antara kaum pun tiada apa-apa yang berlaku.

“Apabila lepas PRU14, nampak terlampau banyak impak dia antara kaum pun boleh nampak sangat, ada satu kaum yang terlampau ketara menonjolkan diri.. Dari segi kami sebagai veteran, cara penonjolan mereka itu mengguris perasaan dan hati kami,” katanya ketika ditemui My News Online di sini, hari ini.

Menurut beliau, semasa BN memerintah, ada juga perkara yang kadangkala pihak veteran ATM tidak berjaya mendapatkan sesuatu tetapi ia boleh dimohon dan boleh dibincang hanya mengikut masa yang sesuai.

Bercakap mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, Mohd Hanifah berkata dalam politik di negeri Johor, ia perlukan kestabilan yang membawa kemakmuran kepada rakyat.

“Kestabilan ini akan memudahkan dari segi ekonomi, peluang pekerjaan, untuk kemakmuran rakyat,” katanya.

Beliau berharap pengundi di negeri Johor akan mengundi untuk memperolehi kestabilan daripada pentadbiran kerajaan yang diberikan mandat baharu selepas PRN nanti.

“Masing-masing fikirlah, ikutlah sebagai rakyat Johor, bangsa Johor untuk kestabilan negeri Johor, undilah parti yang mana boleh membawa rakyat ke arah tersebut,” katanya.

Leave a Reply