Jentera Barisan Nasional N94 Kota Iskandar Bantu Mangsa Banjir

Hebahkan !!!

Oleh: Maria Das

ISKANDAR PUTERI – “Sudah menjadi tradisi BN bantu masyarakat dan ketika berlaku kecemasan, kami keluar dulu untuk membantu,” kata calon Barisan Nasional (BN) N49 Kota Iskandar, Pandak Ahmad.

Pandak berkata, jentera BN yang berkempen di Kampung Muafakat Baru dan Taman Dato Syed Mohd Idrus menawarkan bantuan kepada mangsa banjir kilat di kawasan berkenaan petang hari ini.

Menurutnya, ketika kejadian, jentera berkenaan secara kebetulan berada di kawasan berkenaan bagi menjalankan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Katanya, kira-kira 30 ahli jentera yang berkempen tidak melepaskan peluang untuk menawarkan bantuan terutama memindahkan orang kurang upaya (OKU) dengan kenderaan pacuan empat roda.

“Kempen berkenaan dihentikan sementara membantu menyelamatkan beberapa mangsa banjir.

“Kami sentiasa peka dengan keperluan penduduk terutama ketika berlaku bencana,” katanya.

Leave a Reply