Azmin Harus Bersihkan Diri dengan sahut cabaran Debat Lokman Adam.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Secara rasmi Azmin bukan pelaku dalam Video sek Sandakan.

Itu yang di hidangkan oleh Tun Mahathir dan Polis kepada rakyat Malaysia.

Apabila Mahathir kata “Conspirator will win” jika Tindakan di ambil kepada Azmin, ini bermakna Azmin tidak di dakwa ke mahkamah bukan kerana tidak melakukan nya, tetapi kerana Mahathir tidak mahu pihak konspirator beroleh kejayaan menjatuhkn Azmin.

Polis Bador pun kemudian nya ambil “signal” dari Mahathir dan umum kedapatan atau “finding” mereka berkenaan video itu.

Itu bukan Azmin, kata Polis.

Seluruh rakyat Malaysia kena percaya dengan Mahathir.

Mata dan “conscience” sendiri berdetik percaya itu Azmin apabila melihat ,tapi sebab Mahathir kata bukan dan tidak akan didakwa , maka seluruh negara kena tanggung beban dosa membela “kaum mul Lut” atau “ikhwanul Lut”.

Ada sahaja bencana menimpa negara satu persatu, dari ekonomi, wabak, ribut dan banjir skala mega begitu kerap.

Kerana umat Islam membantu membela maksiat yang terkutuk selain menganayai seorang bekas pemimpin.

Berbalik kepada isu di atas, terbaru Datuk Lokman Nor Adam telah membuat cabaran kepada Azmin Ali mengajak nya berdebat berkenaan Video Sandakan.

Lokman dalam video nya berkata Azmin tidak perlu mencabar Datuk Seri Najib untuk berdebat tentang hal FELDA kerana Azmin bukan setara Najib.

Biar Najib berdebat dengan Muhyiddin , itu baru setara.

Azmin boleh membantu Abah Midin dalam perdebatan itu kerana DSNR jemput Azmin membantu Abah dalam debat itu.

Dua lawan satu.

Lokman menawarkan perdebatan kepada Azmin dalam bualan “live” di laman facebook nya.

Ini peluang untuk Azmin membersihkan diri secara anak jantan dan bukan pergunakan Tun Mahathir sebagai tempat berlindung lalu terus akur kepada kehendak nya sehingga kini.

Azmin boleh jelaskan kepada rakyat dia berada di mana Ketika lelaki wajah serupa dengan nya masuk ke dalm bilik hotel Azmin.

Azmin boleh pejelaskan sama ada sudah buat laporan Polis bahawa dua lelaki menyerupai diri nya dan Hazik telah menceroboh bilik hotel , menggunakan tilam dan  katil Ketika dia tidak ada.

Sambil itu Azmin boleh bagi bukti dia berada di lokasi mana Ketika rakaman waktu dalam video tercatat.

Macam macam Azmin bleh debatkan bersama Lokman bahawa dia teranaya dan di fitnah.

Ini lah masa nya Azmin boleh buktikan dia telah melaporkan kepada Polis ada lelaki mirip wajah nya telah membuat onar lalu akibatkan diri di fitnah.

Kita harus sokong saranan DLA untuk berdebat bersama Azmin, ini dapat membersihkan diri Azmin dan menjawap sebab apa dia tidak di dakwa dan di bela oleh Tun Mahathir.

Azmin harus bersyukur, ini perdebatan dalam pentas awam. Bukan dalam mahkamah. Sambil membersihkan nama sendiri Azmin juga boleh membersihkan nama pelindung kes Semburit nya ia itu, Tun Mahathir.

Leave a Reply