Wajah Azmin Kabur , Maka Najib cabar debat dengan Abah , dan Si “Kabur” boleh bantu  

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Perang PRN Johor semakin panas.

Seperti biasa, Azmin dan Muhyiddin Yassin terus jadikan Najib sasaran , dan Najib memang gembira dengan keadaan ini.

Sudah 7-0 PRK dan 2-0 PRN perangai dan tabiat sisa sisa Pakatan Harapan didalam kerajaan Keluarga Malaysia masih belum berubah.

Mereka cerita tentang isu sebelum menang dan terus mainkan isu selepas menang sambil rakyat terabai walupun setelah berkuasa.

Mereka masih sasarkan orang yang mereka anaya yakni DSNR sebagai “main target” mereka,

Tindakan mereka ini sama juga dengan Tun Mahathir.

Namun, tanpa mereka sedar, kesemua calon PRK dan DUN PRN BN terselamat dari serangan terus kerana Najib Razak “bite the bullet” untuk mereka.

Dengan mengalihkan tembakan dari calon calon kepada dirinya, Barisan Nasional telah menang kesemua Kawasan yang di tanding .

Bagai di katakan oleh dua penganalisis politik tiada apa apa fitnah dan kecaman boleh gugat DSNR lagi kerana semua peluru dari musuh Nya telah kehabisan dan apa yang di tembak kepada Najib hanya isu dan fitnah bersifat ‘repeatative”dan basi.

Ini kerana mereka telah ulangi benda basi ini sudah hampir 6-7 tahun lalu.

Rakyat pun sudah jemu.

Pada  perkiraan mereka, sepatut nya mereka waktu ini sedang menyerang Presiden baru UMNO waima sesiapa pun.

Tapi akibat umno secara bijaksana ‘delay’’ kan pemilihan pemimpin, maka pihak lawan terpaksa buang masa serang mereka mereka yang lama sudah di serang.

Najib dan Zahid telah selamatkan “the next President of UMNO” .

Ini kerana jika UMNO masih bukan kerajaan total atau kerajaan memerintah atau keadaan seperti hari ini , pasti Presiden itu dalam tekanan dan bawah pengaruh Tun Mahathir dan lain lain.

Lihat keadaan sekarang sahaja sudah boleh ketahui.

Hanya Presiden yang akur kepada pihak lawan sahaja akan terselamat.

Berbalik kepada isu di atas , Azmin dalam cubaan nya perlekeh Najib, mencabar Najib untuk berdebat tentang isu FELDA.

Jika di lihat dari cara Azmin cabar dan kenyataan nya , jelas dia merujuk kepada isu dimahkamah berkenaan pelaburan FELDA.

Seperti biasa, pihak sendiri cipta kes persepsi kepada FELDA dan pihak sendiri mahu bincangkan.

Sedang kan Najib sudah menjelaskan beberapa kali di laman facebook nya, namun Azmin tidak pernah ambil tahu.

Najib pula respon kepada cabaran Azmin dengan menyatakan dia tidak yakin untuk berdebat dengan orang yang wajah nya kabur sehingga Tun Mahathir dan Polis juga tidak dapat cam.

 

Maka , Najib membuat cadangan , mahu Boss kepada wajah kabur ini berdebat dengan nya.

Jika Tun Mahathir anggap cabaran berdebat dengan CheGu Brad sebagai melayan “kucing kurap” , Najib ada sedikit adab tidak menyatakan sedemikian , malah membuat tawaran pakej istimewa, ia itu mahu Boss Azmin berdebat dengan nya dalam kedudukan dua lawan satu.

Ini tawaran menarik.

Jika boleh, lafaz sumpah terlebh dahulu bahawa apa yang dikata dalam debat semua benar belaka dan bukan di ada adakan macam manifesto atau pun ceramah Pakatan Harapan dulu kala.

 

Untuk peringatan dalam satu Majlis besar FELDA hampir semua para hadirin bangun keluar dewan sebaik sahaja Mahathir berucap hendak gadai FELDA kepada tokay dan orang FELDA  hanya jadi pekerja umpama buruh dan Azmin di ‘boo” oleh orang FELDA Ketika berucap,

Carilah sendiri kisah ini.

Leave a Reply