PRN Johor: 22,531 undi awal

Hebahkan !!!

Oleh: Maria Das

JOHOR BAHRU – Seramai 22,531 pengundi termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan masing-masing akan mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok.

Ketua Polis, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 11,576 adalah warga PDRM di seluruh negeri ini Johor.

Beliau berkata, bagi tujuan itu 63 pusat mengundi dengan 83 saluran akan disediakan bagi memudahkan pengundi.

Menurutnya, ia akan dijalankan di premis PDRM dan ATM seperti di dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, dewan-dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), kem-kem Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kem-kem tentera.

“Saya menasihati mereka supaya sentiasa peka kepada arahan-arahan petugas di situ.

“Sebelum menunaikan tanggungjawab ini pastikan menjalani saringan Covid-19  bagi memastikan tahap kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, manakala seramai 382 anggota dan pegawai polis Johor sudah mendaftar dengan undi pos bagi PRN Johor.

Leave a Reply