Kempen Bertentang Mata Formula Tarik Undi Golongan Berusia – Calon BN DUN Tanjung Surat

Hebahkan !!!

Oleh: Kamarulzaman bin Pid

PENGERANG – Bagi menarik perhatian pengundi berusia, pendekatan ‘bertentang mata’ diamalkan Aznan Tamin, calon Barisan Nasional (BN), bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat, di sini.

Aznan berkata, dalam kalangan pengundi berusia di sini, mereka hendak melihat sendiri calon yang akan bertanding.

“Berikutan itu, kita adakan program ziarah dari rumah ke rumah untuk bertemu mereka secara langsung.

“Dalam kalangan orang lama ini, mereka nak tahu siapa calon BN di DUN Tanjung Surat,” katanya.

Lawatan secara berdepan itu, kata Aznan, membolehkan beliau memberikan keyakinan kepada golongan berusia bahawa calon muda sepertinya mampu memikul tanggungjawab di DUN Tanjung Aurat itu.

Berikutan hanya tinggal empat hari masa berkempen sebelum mengundi pada 12 Mac ini, Aznan berkata, beliau perlu lebih produktif dalam menemui pengundi di kawasan itu.

“Kami berharap kerja keras selama ini mampu memberi mesej jelas kepada pengundi di sini bahawa hanya BN yang mampu membawa kestabilan di negeri ini.

“Menerusi kestabilan yang dicapai, rancangan BN untuk memajukan negeri ini lebih mudah dicapai,” katanya.

Leave a Reply