BN Johor Akan Kembalikan Kehebatan Ekonomi Negeri Dalam Masa Lima Tahun

Hebahkan !!!

Barisan Nasional (BN) negeri Johor akan mengembalikan kehebatan ekonomi negeri itu yang pernah menjadi penyumbang tertinggi kepada keseluruhan pelaburan Malaysia dalam masa lima tahun jika diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac nanti.

Demikian satu daripada lima usaha ikhtiar BN yang termaktub dalam naskhah Ikhtiar BN Johor: Kestabilan Masa Depan yang merupakan azam untuk kembali membangunkan Johor jika BN menang.

Ia merangkumi lima ikhtiar iaitu Kemajuan Ekonomi, Kesahteraan Rakyat, Orang Muda Johor, Pentadbiran Berintegriti dan Reformasi Politik.

Menurutnya, ketidakstabilan politik dan pandemik ini juga telah membantutkan kemajuan dan prestasi ekonomo negeri yang dahulu pernah disegani.

“Kerajaan negeri baru nanti akan membangunkan sosio-ekonomi di semua daerah di Johor berteraskan potensi dan kearifan setempat antaranya seperti Muar sebagai Huh Perabot Negara, Maharani Energy Gateway, Menjadi Johor Bahru sebagai sebuah pusat perdagangan bertaraf antarabangsa melalui pembangunan Ibrahim International Business District (IIBD),” menurut naskhah itu.

Pertama, Johor juga akan dijadikan sebagai Lembah Digital Selatan melalui pelaburan dalam bidang ekonomi digital dan ekonomi kreatif.

Kedua, Johor sebagai Hab Agromakanan Malaysia melalui pelaburan dalam sektor pertanian dan penternakan moden.

Bagi para peniaga pula, menerusi inisiatif Johor Niaga para peniaga akan disediakan pinjaman tanpa faedah RM100 juta Bank Rakyat dan pelbagai bantuan kewangan tahunan.

“Menggalakkan modenisasi PKS untuk beralih ke perniagaan berteraskan teknologi dan inovasi.

“Menggalakkan PKS serantau seperti Singapura dan Indonesia untuk berpangkalan di Johor,” menurutnya.

Dalam Ikhtiar Kesejahteraan Rakyat, melalui Johor Berkebajikan, BN akan memastikan Johor sifar miskin tegar menjelang tahun 2025 dengan menggunakan pendekatan Multidimensional Poverty Index (MPI)

BN Johor akan memberikan bantuan kewangan tahunan untuk mengurangkan bebas kos sara hidup dengan RM150 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan RM3,001 hingga RM7,000, menaikkan nilai bantuan am Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM500 secara berperingkat, mengurangkan kos penjagaan anak dengan memperluas taska milik Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) dan melaksanakan program Anak Angkat Makmur Johor untuk anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19.

BN Johor akan memastikan akses kesihatan menyeluruh dan nutrisi berkhasiat kepada rakyat Johor dengan memperluaskan Klinik Wakaf An-Nur ke setiap daerah dan mewujudkan program makanan berkhasiat kepada pelajar Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) yang memerlukan.

Budaya dan kesenian Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa akan dimartabatkan sebagai teras identiti Bangsa Johor.

“BN Johor akan mewujudkan Institut Wanita Johor (IWJ) sebagai pusat pemerkasaan bakat, kepimpinan dan ekonomi golongan wanita,” menurut naskhah itu.

Di akhir naskhah berkenaan BN Johor menyatakan bahawa rakyat negeri Johor wajah memilih sebuah kerajaan baharu yang berupaya mengurus ekonomi dan membina potensi Bangsa Johor, memilih naratif politik baharu, politik amal dan politik bakti, bukan politik yang disruptive, jauh sekali ahli politik yang cauvinis.

“Rakyat wajah memilih masa depan yang stabil, masa depan yang sejahtera dan lebih terjamin buat semua.

“Bukan masa depan yang tidak berpijak di bumi nyata, malah berada di luar kemampuan yang ada.

Leave a Reply