Sambil Serang Najib, Mahathir Cuba Bantu Muhyiddin dan sekaligus ketepikan Anwar.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad.

Mahathir “up the ante” dalam serangan nya terhadap Najib Razak demi PRN Johor.

Mahathir yang sentiasa banyak muslihat dan auta sebenarnya bukan sahaja menyerang Najib, tetapi juga cuba “sideline” kan Anwar Ibrahim dari menonjol sebagi Ketua Pembangkang dari Pakatan Harapan.

Mahathir sepatutnya serang Muhyiddn “all out” sebab konon nya jawatan Perdana Menteri telah di rampas dari nya oleh Muhyiddin.

Selain itu , kedudukan Parti PEJUANG sebagai blok ke3 sepatut nya tidak berpihak kepada Perikatan Nasional mahu pun Pakatan Harapan.

Namun, dalam situasi terkini di kempen PRN Johor , Mahathir utamakan serangan kepada Najib Razak dan bukan kepada Muhyiddin Yassin.

Terlihat jelas , Mahathir membaling seketul batu dengan harapan dapat membunuh dua ekor burung.

Ahli politik yang sangat di gerun oleh Mahathir ada lah Najib, Anwar dan Zahid.

Semua mereka ini yang Mahathir sukar “remote”

Mahathir sangat takut jika 3 individu ini bangkit, kerana jika bukan Mahathir yang tertekan, berkemungkinan anak Mahathir yang akan kena di kemudian hari.

Maka Mahathir perlu benamkan tiga individu ini sekarang juga.

Muhyiddin boleh di “remote’ oleh Mahathir dan ia terbukti apaila Mahathir ucap tahniah kepada Muhyiddin apabila kes rayuan Najib gagal , dengan beri kenyataan banga Muhyiddin tidak masuk campur.

Lim Guan Eng sudah di jerut dengan kes terowong oleh kerajaan Muhyiddn, ia tidak terjadi Ketika Mahathir jadi Perdana Menteri atas konon untuk menampak kan bukan pimpinan Mahathir yang dakwa Lim Guan Eng tapi Muhyiddin.

Ini untuk mengekang LGE.

Kami pasti jika Mahathir terdesak satu hari nanti, mungkin kes LGE ada kawtim nya.

Itu sebab Mahathir sebagai hipokrit tidak menggelarkan LGE “kluster mahkamah”, tapi hanya menggelar kepada pemimpin Melayu UMNO sahaja.

Anwar juga sejak kebelakangan ini sudah menyebut bekenaan siasatan terhadap Zeti.

Ia cara Anwar memberi signal dia tahu siapa belakang Zeti dan kemana wang RM700 juta di salurkan.

Cuma Anwar tidak berlebihan lagi atas sebab belum berkuasa dan ada kes masih tergantung, terutama nya kes status pengampunan.

Kembali kepada topik di atas, dalam kempen PRN Johor Mahathir cuba jadi hero utama menyerang Najib.

Ia supaya Anwar tidak menonjol.

Mahathir sedar Najib ada lah “pivot” kepada Barisan Nasional

Mahathir sentiasa buat kerja “pre-empt” dua langkah kehadapan.

Jika di perhatikan , Mahathir tidak minat dengan PRN Melaka ,kini tiba tiba dalam keadaan langar nasihat doktor sanggup berkempen secara pisikal di Johor.

Selain itu Mahathir sanggup tulis Empat surat berkenaan seruan nya menghasut rakyat membenci Najib.

Mahathir sebenarnya mensasarkan PRU 15 sahaja , namun kerana keputusan PRN Johor boleh mempengaruhi PRU15 , maka Mahathir terpaksa hogahkan diri berkempen menghalang kemaraan Barisan Nasional dan Najib Razak bermula di Johor.

Banyak juga maklumat dari sumber sumber pihak tertentu yang my-news.online terima berkenaan tindak tanduk Mahathir dan Muhyiddin namun belum waktu untuk disiarkan lagi.

Apa yang boleh di pesan ada lah perhatikan tiga hari  atau dua hari sebelum hari pengundian di mana tindakan terdesak dan desperado akan dilaksana kan pihak yang tahu akan hadapi kekalahan.

Sama ada kerja fitnah, sabotaj atau lain lain kita tunggu dan lihat.

 

Leave a Reply