Muhyiddin Lupa Partinya, Bersatu Pun Sebuah Parti Baharu, Bukan Parti Lama

Hebahkan !!!
Muhyiddin ketika berucap dalam satu majlis makan malam dengan masyarakat Cina di Johor Bahru.

BATU PAHAT – Malam tadi di Batu Pahat, Pengerusi Perikatan Nasional (BN) yang juga Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramahnya menyatakan bahawa parti baharu yang muncul seperti parti Pejuang dan parti Muda hanya membuang masa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Menurut beliau, dua parti itu tidak ada peluang yang baik untuk menang kerusi apatah lagi membentuk kerajaan.

“Peluang bagi kedua-dua parti berkenaan memenangi kerusi yang besar, sekali gus membentuk kerajaan sememangnya agak susah.

“Terutamanya bagi parti MUDA yang hanya bertanding enam kerusi dan perlu bergantung kepada parti lain. Jika mereka menang pun, mereka tetap akan menjadi pembangkang.

“Nilai satu undi itu amatlah besar ertinya. Kita berharap pengundi di Johor tidak memilih parti baharu sebagai wakil mereka, memilih parti yang akan menjadi pembangkang sahaja di Johor.

“Lawan kita di Johor ini sebenarnya hanyalah dua parti gabungan sahaja iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika berucap dalam program Meh Santai Bersama Abah, di Kompleks Batu Pahat, dekat sini, malam tadi.

Bagaimanapun, adakah Muhyiddin lupa jangka hayat partinya iaitu Bersatu bukanlah parti lama sangat pun. Parti yang dipimpinnya juga parti baharu yang muncul pada 2016 dan hanya berusia enam tahun sahaja.

Malah Presiden Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Pengerusi Bersatu pula ketika ia baru ditubuhkan dengan Muhyiddin sebagai Presiden.

Dalam ceramahnya juga, beliau berkata Pejuang masih merupakan parti yang baharu walaupun bertanding dengan jumlah kerusi yang agak banyak untuk PRN Johor kali ini.

Katanya, Pejuang masih belum mempunyai rekod yang baik dalam pentadbiran dan pengundi seharusnya memilih parti yang mempunyai rekod yang baik seperti PN.

“PN ketika menjadi kerajaan, berhadapan dengan dua krisis iaitu krisis ekonomi dan juga krisis kesihatan COVID-19. Kita mempunyai rekod yang baik dalam mengatasinya.

“Atas sebab itu, pengundi seharusnya dapat berfikir untuk memilih parti yang mana untuk menjadi kerajaan di negeri Johor ini, yang sudah dibuktikan kejayaannya,” katanya.

Bagi BN dan PH pula, Muhyiddin berkata, kedua-duanya mempunyai masalah dalaman tersendiri, termasuk berhadapan dengan kes mahkamah serta kegagalan ketika mereka menjadi kerajaan selama 22 bulan sebelum ini.

“Namun, kedua-dua parti ini mempunyai penyokong tegar tersendiri dan kita perlu mendepaninya,” katanya.

Apa pun, kenyataannya ialah Barisan Nasional (BN) ialah gabungan parti yang sudah lama terbentuk sejak selepas kemerdekaan lagi dan sudah mentadbir hampir seluruh negara selama 60 tahun sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kepada gabungan PH yang dulu terdiri daripada parti pimpinan Muhyiddin iaitu Bersatu sendiri.

Sudahlah semalam beliau lupa kerusi DUN Bukit Permai yang dilawatinya, malam tadi beliau lupa pula sejarah dan asal usul partinya sendiri yang bukanlah parti yang lama pun.

Paling teruk, Muhyiddin lupa bahawa beliau menjadi Menteri Besar Johor sehingga kerusi Timbalan Perdana Menteri dulu adalah bersama UMNO dan BN yang sebetulnya sebuah parti lama yang terbukti berjaya mentadbir negara.

Bersatu juga sebenarnya membuang masa bertanding pada PRN Johor kerana pada PRN Melaka, mereka hanya menang dua kerusi sahaja daripada 28 kerusi yang ditanding mereka.

Siapa yang membuang masa sebenarnya?

 

Leave a Reply