Calon BN DUN Perling Mahu Atasi Masalah Kesesakan Lalu Lintas Dan Bina SJKC Poay Chai

Hebahkan !!!

JOHOR BAHRU – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling Tan Hiang Kee menjadikan matlamat untuk menambah baik dan mengukuhkan kemudahan asas di Perling, membina komuniti pintar dan meningkatkan keselesaan hidup penduduk sebagai antara lima ikhtiar untuk membawa pembangunan di kawasan DUN berkenaan.

Menurut beliau, DUN N.46 Perling merupakan sebuah tempat tinggal yang besar dengan jumlah penduduk semakin meningkat sehingga menyebabkan masalah berlakunya jenayah, kebersihan dan kesesakan lalu lintas.

“Memandangkan saya telah memberi perhatian kepada kawasan DUN Perling dan memahami keperluan hidup rakyat, saya percaya bahawa pelaksanaan pelan komuniti pintar di DUN Perling akan meningkatkan keselesaan dan kebahagiaan hidup orang ramai, dan menjadikan kehidupan orang ramai lebih baik.

“Pertama sekali, selaras dengan usaha kerajaan untuk membangunkan teknologi digital dan internet, saya akan mengukuhkan sistem pencegahan seperti sistem pengawasan kamera elektronik dan sistem amaran, supaya agensi penguatkuasaan undang-undang dapat dihubungi dengan lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata satu kerjasama dengan kerajaan tempatan akan diadakan untuk melaksanakan dasar penghijauan dan rendah karbon.

“Ia akan mengukuhkan rancangan penghijauan di DUN Perling, termasuk menanam pokok, membersihkan sungai, dan memberi insentif kepada syarikat yang mempromosikan penghijauan dan sebagainya. Marilah kita menghijaukan Kawasan DUN Perling secara bersama,” katanya.

Tan berkata, ekoran penduduk di kawasan DUN berkenaan semakin bertambah, masalah kesesakan lintas semakin buruk kerana pertambahan jumlah kenderaan yang tinggi.

“Sebuah hab pengangkutan bersepadu juga sedang dibina di Kempas yang bersebelahan dengan Perling yang menghubungkan Projek Landasan Berkembar, RTS dan bas awam serta Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR yang dalam proses rundingan semula.

“Kesemua ini adalah rancangan yang baik untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Perling.

“Saya akan menyelia kemajuan pembinaan hab pengangkutan bersepadu tersebut dan memastikan ia siap sepertimana yang dijadualkan dalam tahun ini,” katanya.

Selain itu, Tan akan mengutamakan projek pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Poay Chai di Taman Bukir Indah.

“Penambahan sebuah sekolah rendah Cina adalah impian yang dinanti-nantikan oleh penduduk di kawasan DUN Perling. Pada 2017, Barisan Nasional sememangnya telah membawa berita baik kepada penduduk setempat dengan mengumumkan SJKC Poay Chai di Kedah akan dipindahkan ke Taman Bukit Indah supaya impian penduduk menjadi kenyataan.

“Pada masa ini pembinaan Sekolah tersebut di Taman Bukit Indah sedang giat dijalankan.Saya akan memastikan SJKC ini dapat disiapkan mengikut jadual, supaya penduduk Kawasan DUN Perling terutamanya Kawasan Taman Bukit Indah tidak perlu lagi menghantar anak ke sekolah di kawasan lain.

“Ini akan membawa kemudahan kepada kehidupan penduduk dan kanak-kanak supaya satu persekitaran pembelajaran yang berkualiti dapat disediakan kepada mereka,” katanya.

Tan Hiang Kee berdepan pertandingan tiga penjuru berdepan calon DAP Liew Chin Tong dan calon Perikatan Nasional (PN) Khoo Siaw Lee.

Hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan berlangsung pada 12 Mac nanti.

Leave a Reply