Sudah Tulis Surat Ke4 , Mahathir Masih Gagal Paksa Rakyat Benci Najib

Hebahkan !!!

 Oleh Sirajuddin Ahmad

TUN MAHATHIR kini telah pun menulis surat ke Empat dalam siri kempen nya untuk PRN Johor.

“Unprecedented” bagi Tun Mahathir untuk berbuat sedemikian dalam apa apa keadaan.

Diwaktu hendak menjatuhkan Perdana Menteri Tuanku Abdul Rahman pun , Mahathir hanya menulis satu surat sahaja.

Hal ini membuktikan dua perkara.

Satu , Najib bukan calang calang pemimpin di mana sudah jatuh dari jawatan Perdana Menteri, sudah didakwa dan di jatuh hukum oleh Hakim pilihan Mahathir , pun Mahathir masih tidak senang duduk.

Kedua, ada sesuatu yang menakutkan Mahathir berkenaan Najib Razak  jika dia bangkit semula.

Ada orang kata , Najib tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu tapi tidak boleh di dedahkan tanpa kuasa.

Kali pertama menjadi Perdana Menteri Najib Razak di nasihatkan oleh ramai pembantu nya mendakwa banyak perkara lain  terhadap Tun Mahathir , selain kes FOREX , namun kata nya Najib tidak minat kerana mahu tumpu membangunkan negara dan menjaga rakyat.

Tambah lagi akan di tuduh zalim kepada orang tua.

Tapi kali ini , lain cerita jika di beri peluang.

Mahathir tahu akan hal ini.

Pepatah orang putih ada menyatakan “you can drag a horse to the river, but you cannot force it to drink”.

Anda boleh seret kuda sehingga tebing sungai sahaja, tetapi anda tidak boleh memaksa nya minum.

Ini sama lah juga dengan apa yang terjadi diwaktu ini.

Setelah hampir tujuh tahun Tun Mahathir meratip kisah 1MDB dan rakyat telah terpedaya dengan kisah nya, kini rakyat tidak lagi boleh di paksa mempercayai selama nya dengan penemuan banyak bukti baru dan pendedahan terkini.

Malah Ketika kes 1MDB berlangsung pun rakyat menolak Mahathir dan kuncu kuncu  dengan penangan 7-0 di PRK dan 2- di PRN.

 

Ini melambangkan betapa rakyat sudah tidak mahu mendengar apa apa nasihat dari Mahathir lagi.

Ia satu perlakuan yang tidak adil kerana Mahathir hanya berkongsi kekayaan dengan anak dan kroni tapi hanya berkongsi nasihat dengan rakyat.

Mahathir dan kroni ratah isi, rakyat hirup kuah.

PRN Johor begitu mengerunkan Mahathir jika ambil kira telah menulis surat buat kali ke4.

Tetapi berapa kerat surat pun tiada siapa peduli dengan Mahathir.

“Mahathir cried wolf too often” apabila benar serigala muncul siapa pun tidak peduli dengan laungan serigala Mahathir, melainkan mereka yang berjaya di perbodohkan nya.

Dulu Mahathir jerit DAP Rasis, DAP merbahaya, sesiapa Melayu yang undi DAP ada lah pengkhianat.

Namun akhir nya Mahathir sendiri menjilat DAP.

Mahathir kata “pandangan saya tentang DAP selama ini silap”

Mahathir  juga kata Anwar peliwat , “saya ada buat banyak silap , tapi memecat Anwar bukan antara kesilapan saya”.

Kemudian di Sarawak Mahathir kata “ orang seperti ini , kita hendak duk dekat pun takut  nak, beralih punggung pun tak berani” tapi kemudian Mahathir menjilat dan berjumpa  Anwar di mahkamah diiringi Azmin “semburit”.

Semua terpedaya.

Apa yang Mahathir nasihat kemudian dia sendiri melanggari nya.

Kini, surat ke4 Mahathir sudah tidak bermakna lagi.

Orang puteh kata “not even worth the paper its written on”

Tidak bernilai lebih dari harga sekeping kertas yang di tulis.

Rakyat berpusu pusu menyambut “Bossku”

Rakyat faham “Malu apa Bossku” bermaksud buat apa hendak malu jika yang di tuduh itu tidak betul.

Kemaraan Bossku menggusarkan Mahathir sekaligus menunjuk kan rakyat sudah jemu dengan politik Mahathir umpan kebencian untuk rakyat tetapi apabila sudah berkuasa, rakyat yang mengundi di pandang hina di seru ikat perut dan jangan iri hati kepada orang kaya.

Orang Melayu yang ayah mereka keluar selepas subuh dan pulang selepas magrib demi mencari nafkah hidup tidak akan mahu di hina lagi.

Kemaraan Bossku demi rakyat tidak dapat di halang oleh Mahathir, tulis lah seberapa banyak surat pun.

Rakyat tidak hidup dengan surat dan nasihat Mahathir, mereka rajin berkerja dan hanya perlu sedikit bantuan kerajaan di kala bencana , pandemic dan ekonomi merudum.

Najib faham ini, Mahathir hanya faham projek mega untuk kroni sahaja.

Jika Mahathir masih tidak faham elok berundur atau ketepi , biar Najib Razak terus menjaga rakyat.

Mahathir boleh teruskan ratib Najib 1MDB, mungkin ia boleh buat dapur rakyat berasap dan yang menganggur boleh dapat kerja.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply