Ramai Orang Cina Sudah Insaf mahu Kembali Kepada BN– Datuk Huan Cheng Guan.  

Hebahkan !!!

Sebentar tadi wartawan My-news online sempat menemuramah dan berbual secara online bersama President Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan.

Dalam bualan dan di susuli dengan hantaran kenyataan kepada WA wartawan kami , Datuk Huan telah menjelaskan kedudukan “on the ground” berkenaan PRN Johor kerana telah berada di beberapa kawasan di Johor hampir seminggu. (terutama Kawasan pengundi Cina).

Rata rata mereka yang di temui oleh Datuk Huan mahu kan kestabilan dan pemulihan ekonomi.

 

Ini kerana masyarakat Cina terjejas dengan kedudukan politik tidak stabil di negeri Johor semenjak PRU14.

“Ramai orang Cina kini sudah insaf” Kata Datuk Huan.

“Mereka telah buat pemilihan yang salah pada pru14 dan kini  saya yakin mereka akan perbetulkan kesilapan dan Kembali kepada BN:” kata Huan.

Mereka akhirnya sedar kerajaan yang stabil sahaja boleh makmurkan negeri Johor.

“Mereka kata 22 bulan bawah PH dan Lockdown bawah PN amat menjejaskan kehidupan mereka” Ujar Datuk Huan.

“Mereka yakin dengan corak kepimpiman BN , terutama Poster Boy Ir Dato Seri Utama Hasni, seorang pemimpin yang mesra,  business friendly dan bersih ( Tiada ada apa apa skandal ) kata Datuk Huan.

Berkenaan kempen  Datuk Seri Najib Razak Datuk Huan berkata “ Kita lihat Program Najib Razak dapat sambutan yang begitu hangat dari kaum Cina dimana mana pun “

Mereka memberi respon yang baik dan begitu nyata sambutan yang diberi kepada Datuk Seri Najib Razak.

Maka , dari bualan bersama Presiden PCM , kami yakin dan percaya Datuk Huan tidak bersendirian dalam pendapat nya dan yakin pandangan nya setara dengan rakyat negeri Johor,

Rakyat Johor seharus nya rebut peluang PRN ini untuk kembalikan kestabilan dan bangkitkan semula ekonomi negeri Johor untuk kebaikan Bangsa Johor.

Leave a Reply