Daerah Pontian Juga Bergema Dengan Laungan “Hidup Bossku!”

Hebahkan !!!
Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Restoran Shen Kee di Pontian di kerusi DUN Pulai Sebatang, untuk beramah mesra dengan warga bangsa Cina dalam jelajahnya di Pontian dan Kluang hari ini. – Foto MY NEWS ONLINE.

PONTIAN – Daerah Pontian hari ini bergema dengan laungan Hidup Bossku! oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira bangsa memberikan sambutan kepada Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun padang menjelajah Pontian dan Kluang hari ini.

Pada kira-kira pukul 2.00 petang, konvoi kenderaan yang membawa beliau tiba di Restoran Shen Kee di Pontian dan diberikan sambutan oleh para pelanggan yang sedang menikmati hidangan ketibaan Najib.

Turut mengiringi beliau ialah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung UMNO sepanjang lawatan Najib di Pontian sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung pada 12 Mac nanti.

Setibanya Najib di restoran berkenaan beliau beramah mesra dengan para pelanggan sebelum meluangkan masa duduk dan minum seketika sebelum meneruskan kembali program jelajahnya di kedua-dua daerah berkenaan.

Jadual program Najib disusun bermula dari pukul 8.30 pagi dan berakhir kira-kira pukl 10 malam.

Pada pagi hari ini, Najib mengenakan baju jersi pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim sebelum menukar pakaian lain pada waktu tengah hari.

Jersi berkenaan ialah jersi yang diberikan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam Parlimen Pontian ada dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu kerusi DUN N.53 Benut yang ditandingi oleh calon BN yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dan kerusi DUN N.54 Pulai Sebatang yang ditandingi oleh calon wanita yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Pontian, Hasrunizah Hassan.

Leave a Reply