Pendirian kerajaan tidak campur tangan kes mahkamah, rasuah dipuji

Hebahkan !!!

Oleh Maria Das

JOHOR BAHRU: Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor (PWMNJ) menyifatkan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menolak untuk campur tangan kerajaan dalam kes mahkamah dan rasuah adalah tepat pada masanya.

Presiden PWMNJ, Datuk Abd Rahman Yunos berkata, pihaknya menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri yang berani dan bertanggungjawab itu.

“Ia menunjukkan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri merupakan seorang pemimpin negara yang tegas dan berani menyuarakan pandangan serta hasrat kerajaan untuk dilihat sebagai sebuah kerajaan yang berwibawa dan bertanggungjawab.

“Semua dalam PWMNJ menyahut seruan Perdana Menteri itu agar semua pihak sama ada pegawai dan kakitangan kerajaan, penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan rakyat jelata bersama menolak pengamal rasuah,” katanya dalam suatu kenyataan.

Pada Rabu lalu, Ismail Sabri memberi jaminan kerajaan tidak akan campur tangan dalam hal mahkamah sekali gus menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu yang terbabit dengan rasuah.

Leave a Reply