Demi “Survival” politik,  Abah bakal Kawtim dengan Anwar?

Hebahkan !!!

 Oleh Sirajuddin Ahmad

Kami menerima banyak maklumat dan pelbagai sumber menyatakan wakil kedua dua pihak Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim sedang membuat rundingan sulit.

Pelan mitigasi ini terpaksa di laksanakan atau di rencana demi “survival” politik Tan Sri Muhyiddin Yassin.

TSMY boleh kalah pada lain hari dan lain tempat Namun  kalah di PRN Johor ada lah “No No” bagi diri nya.

Jika PPBM kalah di Johor , maka tamat lah Riwayat Muhyiddin dalam politik negara.

Misi Muhyiddin bukan “demi rakyat” , tetapi demi sinambungan kerjaya politik dan juga keselamatan diri yang pasti akan di dakwa dengan pelbagai kes yang selama ini terpendam dari pengetahuan rakyat akibat masih dapat bergayut kepada saki baki kuasa.

Muhyiddin miliki bagasi yang besar dan beban Ketika menjadi talibarut kepada kerajaan 22 bulan dan kemudian 17 bulan sebagai Perdana Menteri paling gagal dan paling banyak belanja yang tidak di ketahui kemana pergi nya wang wang itu kerana Ketika RM290 Bilion di belanja dengan bajet tahunan sekitar RM 310 bilion Parlimen tidak bersidang.

Maka demi “survival” Muhyiddin , dilaporkan sudah ada perundingan sulit menyelamatkan tengkok dengan perundingan bersama Anwar Ibrahim dan PKR.

Sumber juga memberitahu kami, Muhyiddin tidak lagi boleh bergantung kepada PAS dan Parti GERAKAN.

Ini atas sebab Ketika kerusi kerusi PPBM di menangi , ia ada lah dengan bantuan PKR dan DAP.

Kali ini, faktor itu sudah tiada , malah kerjasasama PPBM dan PAS dalam Perikatan Nasional ada lah “push factor” untuk pengundi Cina lari dari beri sokongan.

Maka , akhirnya , yang di kejar tidak dapat yang di gendong keciciran.

Begitu lah nasib PPBM dan Muhyiddin Yassin.

Mahathir sedar dia yang akibat kan semua ini , dan kini sedang bantu kempen Muhyiddin untuk laksana “damage control”.

Atas sebab ini lah Muhyiddin di jangka akan buat tawaran kepada Anwar dan PKR bukan kerana ikhlas, tapi kerana muslihat politik.

Sama ada Anwar akan menerima pelawaan Muhyiddin akan bergantung kepada apa yang ditawarkan.

Untuk rekod, selama PPBM menang di Johor di PRU14 ,mereka telah menumpang kepada pengundi DAP dan PKR.

Malah mereka juga menang menggunakan logo PKR .

Kali ini , semua sudah tiada.

Isu nasional yang disandarkan Ketika tu ada lah 1MDB dan fitnah terhadap Najib dan kewangan negara.

Namun , sejak kebelakangan ini dengan muncul nya naman nama penyamun 1MDB yang sebenar seperti Zeti Akhtar, Nor Yakob, Rohana Astro dan terkini nama Tengku Zafrol juga sudah di petik oleh mahkamah di Amerika , maka jelas plot mengenakan Najib semakin terang dan jelas.

Walaupun Tengku Zafrul menafikan ada menemu Tim Liessner, namun itu sekadar urusan untuk bertemu di waktu “specific” yang tidak terjadi.

Tetapi urusan tetap di teruskan di lain waktu.

Perlantikan Tengku Zafrul kepada jawatan Menteri kewangan sudah cukup memberitahu siapa yang melantik nya.

Ia sama seperti perlantikan Zeti di Konsil Tua negara dan juga di PNB.

Tuan yang sama yang melantik kedua ini.

Zeti juga telah menafikan dirinya ada mencuri wang 1MDB, kerana Ketika wang itu masuk ke dalam akaun sumai nya d Singapura , wang itu bukan wang 1MDB tapi wang TIA yang belum di tukar kepada 1MDB oleh Najib Razak.

Begitu juga dengan akuan suami Zeti Taufeq Ayman bahawa dia tidak kenal Tim Leissner dan tidak bertemu nya, kerana yang dia kenal ada lah Jho Low dan wang sogokan di terima melalui Jho Lo bukan Leissner.

Liessner hanya menyatakan wang di sogok kepada  Zeti sahaja bukan dia menyatakan dia yang kenal Taufeq.

Ini semua perkara teknikal untuk kelirukan peminat 1MDB sahaja.

Berbalik kepada topik, begitu lah yang dilaporkan oleh sumber kami, bahawa sedang ada urusan dan rundingan demi hidup mati politik Abah Midin.

Ia bukan untuk rakyat lagi tapi untuk nyawa politik Abah Midin dan Tun Mahathir.

Sama ada akan sukses , sama sama kita tunggu di saat akhir kempen di PRN Johor ini.

Leave a Reply