Anwar personal kenapa ‘anak tauke besar’ terlibat kes dadah boleh ‘terlepas’

Hebahkan !!!

SIMPANG RENGGAM: Presiden PKR, Anwar Ibrahim mempersoalkan bagaimana anak seorang “tauke besar” yang ditahan atas kesalahan berkaitan dadah boleh “terlepas”.

Beliau berkata, negara mempunyai undang-undang dan seharusnya orang yang didapati bersalah perlu dihukum.

“Kita tidak mahu lindungi amalan rasuah dan saya kata sebagai contoh, tahu ada anak tauke bersalah ditangkap polis. Bukan sahaja hisap dadah, tetapi mengedar dadah.

“Kemudian, runding-runding lepas. Tetapi, saya kata sebab apa anak orang besar lepas. Kita tak mahu pertahan kerana ini ‘rule of law’. Ada hukum,” katanya ketika berucap dalam ceramah umum di Bilik Gerakan PKR Dewan Undangan Negeri Layang-Layang malam ini.

Kenyataan Anwar itu dipercayai merujuk satu kes yang didedahkan akaun Twitter pemberi maklumat, Edisi Siasat pada bulan lalu.

Akaun Twitter Edisi Siasat, yang baru-baru ini ditukar namanya kepada Edisi Khas, mendakwa walaupun anak lelaki seorang taikun ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana terlibat dengan kuantiti dadah sangat besar, tetapi Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Pada 19 Feb lalu, Thomas menafikan dakwaan beliau bertindak secara korup dalam kes itu dan berkata beliau mengurangkan pertuduhan terhadap anak taikun itu selepas mengkaji representasi yang dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara oleh peguam tertuduh.

Di Dewan Rakyat semalam, Anwar merujuk kes itu apabila memberi amaran kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob supaya tidak menyindir kerajaan Pakatan Harapan pernah melakukan pendakwaan terpilih.

Beliau kemudian mencabar Ismail untuk memastikan Peguam Negara membuka semula kes yang dikatakan diabaikan atau digugurkan.

Malam ini, Anwar berkata, beliau telah berjumpa dan memberitahu Ismail supaya mengambil tindakan, sekiranya terdapat kesalahan dilakukan Peguam Negara yang memilih mempertahankan mana-mana menteri terbabit rasuah.

“Saya beritahu Ismail, siasat dan ambil tindakan. Jangan main sindir-sindir,” katanya.

Leave a Reply