Amaran hujan tahap waspada di beberapa negeri sehingga 5 Mac

Hebahkan !!!

PUTRAJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa negeri di semenanjung bermula Jumaat sehingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis memaklumkan negeri-negeri terlibat adalah Terengganu, Pahang dan Johor.

“Kawasan yang terlibat ialah Dungun, Kemaman (Terengganu), Kuantan, Pekan, Rompin (Pahang) serta Mersing dan Kota Tinggi (Johor),” menurut kenyataan itu.

Leave a Reply