Semakin Najib popular semakin Mahathir dan Abah TERDESAK

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Tun Mahathir sanggup melawan nasihat doktor untuk berkempen di PRN Johor.

Sebelum ini Tun Mahathir juga yang perguna nama doktor untuk lari dari berkempen di Johor.

Tun Mahathir sudah jadi  semacam Muhyiddn Yassin, sendiri yang batalkan projek HSR , sendiri pula umum hendak teruskan projek HSR demi PRN Johor.

Ini semua Tindakan desperado.

Di fahamkan Ketika Mahathir umum masuk IJN sebelum ini ada lah di saat kemuncak rakyat persoal MoF lantikan nya perguna wang tiga bank Melayu untuk memberi loan tanpa cagaran kepada kroni nya Genting Berhad.

Sambil itu kisah kroni lagi satu Tun Mahathir , yakni Zeti Akhtar masih belum di sita akaun dan beku aset kerana sah telah di siasat dan secara rasmi di umum dalam mahkamah Amerika telah menerima sogokan untuk meluluskan bon secara pantas kilat (overnight approval)

Maka untuk meredakan dan mengalih tumpuan , Tun Mahathir telah pilih IJN sebagai ‘bunker” perlindungan.

Kini, sebaik sahaja PRN Johor di istihar , Tun Mahathir telah menjadi jurucakap Parti PEJUANG untuk berkempen , malah mengumumkan Aspirasi Johor dari parti PEJUANG.

Sejurus kemudian apabila kisah Pulau Batu Puteh di sebut sebut  di Johor, Tun Mahathir telah mengalih tumpuan konon tidak akan berkempen di Johor atas nasihat doktor.

 

Jadi, apa kah yang tiba tiba mendorong Mahathir membuat u-turn untuk Kembali berkempen di Johor melawan nasihat doktor?

Jawapan kepada ini semua mudah sahaja,  selama ini pun tiada doktor yang Mahathir perlu dengar , Mahathir hanya dengar nasihat diri sendiri sahaja.

Ia alasan untuk selamatkan diri apabila perlu.

Jawapan sebenar kenapa Mahathir perlu Kembali ke Johor untuk bekempen ada lah atas sebab kemaraan gelombang “Bossku”.

 

Di laporankan oleh beberapa pihak badan kajian, bakal terjadi Tsunami pengundi Cina akan mengundi Barisan Nasional kerana aura dan tarikan Najib.

Dalam sekitar 20% pengundi dari kalangan masyarakat Cina akan memilih Barisan Nasional sebagai di laporkan oleh beberapa penganalis politik.

Pada kiraan Mahathir, pengundi Cina akan “intact” bersama DAP dan Mahathir hanya perlu kacau pengundi Melayu.

 

Tapi , jika pengundi Cina juga lari dari DAP dan memilih BN dan MCA , maka keadaan akan parah kepada Muhyiddin dan Mahathir.

 

Parti Bersatu telah menang banyak kerusi pada PRU14 atas sebab mendapat sokongan pengundi DAP dan perpecahan pengundi Melayu.

Faktor itu sudah tiada pada PRN Johor dan PRU15.

 

Maka jika parti Muhyiddin tersungkur di Johor, ini bermakna akan tersungkur di Pusat juga , lalu kedua Tun Mahathir dan Muhyiddin tidak dapat menutup curian banyak wang negara.

Untuk makluman , banyak wang negara tidak di “accounted for”  ketika kerajaan 22 bulan  Tun Mahathir dan kerajaan 17 bulan Muhyiddn Yassin memerintah.

Malah terkini, terdedah laporan di Parlimen rupanya wang wang pulangan 1MDB sekitar RM23 bilion juga tidak di guna kan oleh kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir untuk membayar hutang prinsipal 1MDB.

Malah wang menjual kapal konon konon milik Jho Lo sebanyak RM600 juta juga tidak digunakan membayar hutang prinsipal 1MDB.

Ini semua telah di dedahkan oleh DSNR di Parlimen dan di facebook nya.

Maka , selain kes Zeti Akhtar yang menerima rasuah bakal terdedah jika BN memerintah natijah dari PN tumbang di Johor, maka Tun Mahathir rasa terdesak untuk berbuat sesuatu.

Terkini , Tengku Zafrol juga rupa rupa nya terbabit dengan TIA seperti dalam perbicaraan kes 1MDB di Amerika seperti di transkrip mahkamah di bawah ini :-

 

Maka itu lah sebab Tun Mahathir tidak boleh tidur malam.

Sekian lama mengalihkan tumpuan rakyat kepada Najib, namun akhir nya semua yang terpalit ada lah mereka mereka yang rapat dengan nya.

Selain faktor di atas, dilaporkan bahawa penerimaan rakyat setempat di Johor, terutama nya masyarakat Cina terhadap Najib, membuatkan Mahathir terdesak dan tertekan.

Rakyat sudah tidak peduli lagi dengan cerita dongeng 1MDB dan laungan “kluster mahkamah’ ciptaan Mahathir.

Ini lah kekecewaan Mahathir yang terbesar.

Kekecewaan satu perkara , bakal di dakwa dan di seret ke muka pengadilan jika BN menang satu pekara lagi yang sangat menakutkan.

Leave a Reply