Hasrunizah Hassan Bawa Misi Besar Rampas Semula Kerusi DUN N54 Pulai Sebatang

Hebahkan !!!

PONTIAN – Seorang daripada calon wanita Barisan Nasional (BN) Hasrunizah Hassan, hari ini memulakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan sarapan pagi di Kedai Cik Ngah berdekatan dengan Masjid Daerah Pontian.

Beliau menghabiskan masa di kedai berkenaan bertemu dengan para pengunjung dan memperkenalkan dirinya sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N54, Pulai Sebatang, demikian beliau mengemaskini laman sosial Facebook rasminya sebentar tadi.

Bagi kebanyakan calon pada PRN kali ini, program walkabout atau bertemu orang ramai di lokasi tertentu di kedai makan menjadi pilihan utama berbanding majlis yang melibatkan rapat umum dan orang ramai berkumpul untuk mengelak memburukkan lagi penularan wabak COVID-19.

Hasrunizah menarik perhatian para pemerhati politik kerana beliau berdepan cabaran yang sengit untuk memenangi kerusi DUN berkenaan kerana beliau berdepan dengan calon parti Amanah yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Suhaizan Kayat.

Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Awam dari Universiti Tekonologi Malaysia (UTM) Skudai dan kini beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pontian sejak 2012 hingga kini.

Hasrunizah juga bertanding bersama-sama dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan juga Menteri Besar Johor iaitu Datuk Hasni Mohammad yang bertanding di kerusi DUN 53 Benut.

Beliau mempunyai misi besar untuk merampas kerusi DUN berkenaan dari penyandangnya iaitu Taqiuddin Cheman yang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu dengan menewaskan calon BN Datuk Tee Siew Kiong dan calon PAS Dr Baharom Mohamad dengan majoriti 3,395 undi.

Kerusi DUN Pulai Sebatang kerana ia terletak di bawah Parlimen Pontian yang disandang oleh Datuk Seri Ahmad Maslan dari BN.

Pembangunan akan menjadi lebih lancar di kawasan DUN berkenaan jika ketiga-tiga wakil rakyat dua dalam DUN dan satu di Parlimen dari BN.

Dengan ombak perubahan yang dilihat sedang berlaku melihatkan sokongan kepada BN, tiada masalah untuk Hasrunizah yang merupakan anak jati Pontian menang kerusi berkenaan menewaskan lawannya.

Selain Suhaizan, Hasrunizah akan berdepan calon dari Perikatan Nasional (PN) Abdullah Husin, dan calon Pejuang Abd Rashid Abd Hadi.

Hari mengundi PRN Johor ditetapkan pada 12 Mac nanti.

Leave a Reply