Pertandingan Empat Penjuru N53 DUN Benut Tidak Gusarkan Hasni.

Hebahkan !!!

 

Sebaik sahaja proses penamaan calon bagi DUN Benut N53 di umum Sabtu lalu, , calon Barisan Nasional Dato Hasni Mohamad mendapati tiga orang calon lain mencabar kerusi nya.

 

Hasni yang juga Ketua Barisan Nasional (BN) Johor dan Menteri Besar Sementara , akan berdepan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.

Menjawat sebagai  Ketua Umno Johor, Hasni akan mempertahankan kerusi DUN itu untuk penggal keempat selepas kali pertama dimenanginya pada 2008.

Mengikut laporan dan sumber yang kami terima, kedudukan hasni kali ini akan lebih kukuh dari kemenangan  beliau pada PRU14.

Faktor faktor yang memenangkan parti parti lawan pada PRU14 sudah pun tiada dan kini seteru Hasni dan Barisan Nasional berhadapan ketirisan kepercayaan rakyat akibat kesilapan menjadi kerajaan 22 bulan.

Sambil itu pada pertandingan 3 penjuru pada pru14 juga tidak mampu tumbangkan UMNO maka , kali ini dengan pertembungan 4 penjuru dan 2 daripada parti sudah bergabung , maka diandaikan jumlah nya tetap melebihi dari undi yang didapati pada PRU14.

Sambil itu, pengundi Cina diramalkan sudah ramai yang mahu beralih sokongan kepada BN , maka peluang menang akan lebih cerah dari PRU14.

 

Pada PRU14 , Hasni mendapat lebihan majoriti 4,447 pada pertembungan 3 penjuru.

 

Apa yang pasti dan aset yang ada pada Hasni adalah pengalaman nya dalam politik dan pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor.

Faktor lain yang kami dapati ada lah perubahan angin pengundi Johor setelah terkesan dengan Covid19 dan ekonomi negeri yang terjejas teruk.

Maka , faktor nasional juga beri kesan kepada parti parti yang menjadi pesaing UMNO dan BN.

Banyak isu nasional yang menampak kan jelas selain BN , parti parti lawan hanya tahu berpolitik dan tidak tahu menguruskan negeri atau pun negara setelah di beri peluang.

Maka, tidak melampau jika kami beri tahu bahawa Hasni berada dalam Zone selesa tetapi , harus waspada pada serangan akhir mereka mereka yang desperado takut kehilangan kuasa kepada BN.

 

Leave a Reply