Lawatan Najib Ke Sekolah Cina, Bikin DAP dan Tony Pua Huru Hara

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Dalam satu entri di facebook nya Tony Pua telah memperlekehkan Pengetua dan Ahli lembaga pengarah sekolah Cina , Foon Yew Seri Alam , kerana telah sudi menerima Datuk Seri Najib Razak sebagai tetamu terhormat melawat sekolah tersebut.

Ini di fahami , kerana DAP telah lama menganggap sekolah Cina dan masyarakat Cina sebagai ‘fix deposit” undi mereka.

Maka apabila DSNR membuat lawatan menjengok kemajuan sekolah tersebut, ia telah mendatangkan perasaan huru hara dan tidak tenteram bagi DAP terutama nya Tony Pua.

Lebih menyakitkan hati Tony Pua ada lah “Members of the board” sekolah tersebut telah melayani DSNR dengan baik , malah memberi DSNR menyampaikan sepatah dua kata kepada para hadirin.

Tony Pua irihati DSNR pernah memberi sumbangan dan bantuan kepada sekolah itu.

DAP dan Tony Pua merasakan “zon selamat” mereka telah di ceroboh oleh DSNR lalu memperlekehkan Pengetua sekolah dan ahli lembaga Pengarah sekolah “Independent” Cina itu.

 

DSNR pula dalam kenyataan balas , membidas Tony dengan mencabar Tony supaya ulangi lagi sekali kenyataan bahawa Najib telah memberi sumbangan dari hasil mencuri secara nyata untuk DSNR boleh menyaman Tony Pua secara rasmi.

Ini kerana Tony Pua telah menghina badan Pengarah sekolah itu sebagai telah menjemput seorang penyamun dan pencuri menjadi tetamu mereka.

DSNR pula dengan pantas menjawap tidak ada tuduhan mencuri atau merompak didakwa keatas nya, hanya tuduhan AMLA sahaja, Pakatan Harapan dan Tun Mahathir tidak berani mendakwa tuduhan mencuri dan merompak kerana tidak ada bukti.

Apa yang ada hanya kes AMLA yang penuh kecacatan dengan ramai pelaku di perguna kan oleh PH dan Tun Mahathir telah melari dan menyembunyikan diri.

Sambil itu DSNR memembidas , sebalik nya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang ada kes rasuah dan AMLA .

Malah ada saksi utama telah pun mati terjun bangunan sama seperti kes rasuah DAP Selangor di mana mendiang Teoh Beng Hock telah di jumpai mati terjun bangunan selepas beberapa pemimpin DAP melawat nya di bangunan SPRM.

Berbalik kepada topik diatas, jelas sejak kebelakangan ini terlihat masyarakat Cina telah begitu cenderong menerima Barisan Nasional dan DSNR.

Kemarahan Tony Pua ada lah kemarahan DAP dan Tun Mahathir kali kedua kerana pada persidangan World Chinese Economic Forum yang lalu penganjur telah memilih DSNR sebagai VVIP untuk menyampaikan Ucaptama pada forum berskala dunia itu.

Ini membuatkan Tun Mahathir, PH dan DAP kecewa kerana dunia ekonomi mengiktiraf DSNR dan kerja ekonomi nya.

Ketika negeri Johor sedang hadapi Pilihanraya Negeri hari ini, DSNR di jemput oleh masyarakat Cina menghadiri majlis seolah berprestij Cina ada lah di anggap satu tamparan di muka DAP dan PH.

Ia sama seperti DSNR di serbu oleh orang orang Cina di majlis Chingey beberapa minggu lalu.

Ada beberapa peramal dan penganalis politik berpendapat  bahawa Tsunami Cina bakal terjadi di PRN Johor kerana pengaruh Bossku.

DAP boleh menipu masyarakat Cina dan mempengaruhi mereka sekian lama  dengan laungan perkauman, namun akhirnya , keperluan berniaga dan ekonomi yang baik juga yang di kehendaki oleh Masyarakat Cina.

Kini setelah teruk terima kesan ekonomi buruk terhasil dari menukar kerajaan serta Covid, selain indek ekonomi merudum , kerana di tadbir kerajaan gagal 22 bulan dan 17 bulan , maka masyarakat Cina mula sedar , hanya BN dan kepimpinan umpama DSNR sahaja mampu menyelesaikan hal ini.

Barisan Nasional dan DSNR , “a tested government”

Leave a Reply