Rakyat tertanya tanya bila aset dan akaun Keluarga Zeti hendak di sita dan di beku.

Hebahkan !!!

 Oleh Sirajuddin Ahmad

Perilaku agensi dan badan berkuasa terhadap Datuk Seri Najib Razak pada kes 1MDB dan SRC  telah menjadi kayu pengukur kepada rakyat Malaysia.

ia menjadi ‘precedented’ dan contoh untuk rakyat bertanya bila akaun bank dan harta keluarga Tan Sri Zeti Akhtar akan di ambil Tindakan kerana contoh telah pun ada pada kes DSNR.

Pada kejadian di bulan Ramadhan , kerajaan Tun Mahathir secara gelojoh dan tidak menyempat telah menghantar Polis dan lori lorinya untuk mengeledah rumah mantan Perdana Menteri seolah olah tiada esoknya.

Kerana kes direka untuk menunjuk kan DSNR telah merompak harta rakyat , maka drama membawa lori pikul harta keluar dari rumah DSNR mesti dimainkan demi persepsi dan drama.

Momentum kebencian mesti dimainkan terlebih dahulu supaya yang membenci tidak lagi dapat berfikir benar atau tidak.

Jumlah yang di rampas pula mesti di billion billion kan untuk menambah perisa dan mainan faktor “wow”.

“Unsuspecting’ rakyat akan hanyut pada permainan persepsi dari pihak kerajaan Mahathir konon konon nya ini lah hasil curian .

Namun , setelah 7 PRK dan 2 PRN, verdict hakim rakyat tetap Najib tidak bersalah.

Hakim empat orang dari kerajaan Tun  Mahathir tidak dapat menandingi jutaan hakim rakyat yang tetap memberi kemenangan kepada Barisan Nasional dimana DSNR dan Ahmad Zahid Hamidi turut berkempen.

Kini, semua perkara telah menjadi terbalik pula.

Dengan kemunculan isu baru dan penemuan bukti baru, pada kes 1MDB dan SRC , Tun Mahathir pula lari lintang pukang sembunyi belakang nasihat doktor.

Mahathir takut menjadi faktor kekalahan PEJUANG dan yang se bulu dengan  nya atas sebab faktor faktor bawaan Mahathir.

Isu Pulau Batu Puteh , Isu loan dari tiga bank Melayu yang tidak ada cagaran kepada pembeli kapal Equanimitty , ia itu Genting Berhad dan terkini, isu Tan Sri Zeti Akhtar kroni rapat Tun Mahathir dan Tun Daim telah di umum secara sah dalam mahkamah di Brooklyn sebagai menerima rasuah dari Jho Lo dan Tim Leissner.

Untuk makluman , sejumlah RM700 yang masuk kedalam akaun milik keluarga Zeti hanya dapat di ambil semula oleh SPRM sebanyak RM65 juta sahaja.

Kemana wang wang baki itu telah di salurkan?

Adakah masuk kedalam akaun sulit atas nama orang lain di luar negara?

Dan ada kah orang itu seperti yang ramai syaki ia itu tidak lain dan tidak bukan individu sama yang melantik Zeti ?

Apa yang sangat jelas ada lah di merata rata tempat di MEDSOS ada lah pertanyaan netizen berkenaan bila Zeti akan di dakwa dan kenapa aset dan akaun nya belum di beku lagi seperti Tindakan gelojoh diambil Ketika mengenakan DSNR?

Ia telah menjadi perilaku contoh , atau perbuatan ‘backfire” yang Kembali menghantui Tun Mahathir dan PH.

Undang undang apa di guna pakai Ketika pekenakan DSNR dan undang undang apa yang di gunapakai untuk tidak bertindak terhadap keluarga Zeti?

JUDICIARY negara dan sistem perundangan jadi bahan lawak pihak luar negara.

Ini yang semua rakyat ingin tahu, bahkan dunia juga memerhati.

Peguam  Negara masih membisu dan ‘playsafe’ tidak memberi sebarang kenyataan walaupun Polis dan SPRM telah memberi siasatan lengkap kepada pejabat nya.

 

Terkini , apabila Syarikat kroni Tun Mahathir dan bekas CEO Astro Rohana Rohzan di maklumkan oleh SPRM telah di siasat dan di beku akaun dan aset nya.

Kenapa SPRM sepantas kilat bertindak dengan laporan baru tetapi masih merangkak siput untuk lakukan perkara sama terhadap laporan lebih lama dan awal terhadap Zeti?

Apa penghalang  nya dan siapa yang menghalang?

Leave a Reply