Jefridin Seru Pengundi “Firstimer’ Keluar Mengundi Dan Jangan Silap Pilih

Hebahkan !!!

 

Kestabilan politik negeri Johor boleh di terjemahkan sebagai platform untuk menguruskan negeri Johor tanpa ganggu gugat pergeseran politik demi manfaat untuk semua bangsa Johor.

Jika politik negeri tidak stabil, maka negeri tidak dapat diuruskan dengan baik atas sebab  ganggu gugat politik seperti yang terjadi sebelum ini di DUN Johor.

Tiada dasar boleh laksanakan atas sebab tidak cukup sokongan dan mandat.

Dalam satu siri temubual ekslusif dengan wartawan My-news.online petang tadi calon Barisan Nasional untuk DUN56 Kukup , Dato Jefridin Atan , telah menjelaskan dengan terang berkenaan perlu buat pilihan yang baik dan tepat demi negeri Johor.

Sejajar dengan itu Jefridin juga menyeru kepada semua pengundi “firstimer” termasuk anak muda dan mereka yang baru berpeluang mengundi agar jangan lepas peluang yang datang lima tahun sekali ini dengan membuat kesilapan.

Jefridin juga menyatakan betapa penting Kestabilan atas sebab ia boleh membina dasar ekonomi negeri yang baik dimana semua rakyat Johor akan mendapat nikmati pasarana perniagaan dan sebagai nya.

“Keluar awal mengundi” kata Jefridin sambil menjaga SOP Covid, kerana Covid telah bersama kita dan kita sudah pun memahami cara untuk mengatasinya.

Jangan lupa anak muda dan mereka yang ‘firstimer’ sebagai pengundi, pastikan beri undi kepada calon BN.

Jefridin berkhidmat sebagai pegawai khas Abdullah sejak 2009 hingga kini, dan pernah menjadi setiausaha peribadi Abdullah semasa menjadi Perdana Menteri dari 2003 hingga 2009.

Beliau juga pernah menjadi setiausaha sulit semasa Abdullah menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2001 dan 2003 dan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI), sejak tahun 2016.

Jefridin akan bertanding dalam satu pertandingan empat penjuru berdepan calon parti Pejuang Zamzam Hashim, calon Perikatan Nasional, Mahathir Iskandar Muhammad dan calon PKR Mohd Zaiful Bakri.

Penyandang kerusi DUN Kukup ialah Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Md Ohman Yusof yang menewaskan Suhaizan Kayat dari PKR dengan majoriti 862 undi.

 

 

 

Leave a Reply