Kedai Kopi Tenggek Jadi Lokasi Unik Penggemar Kopi

Hebahkan !!!

TANJUNG PIAI – Disebalik kepenatan melakukan gerak kerja parti Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang kini sudah masuk fasa berkempen sebelum hari mengundi pada 12 Mac, para petugas parti tidak melepaskan peluang menghabiskan masa di beberapa lokasi viral di sekitar Johor.

Tanjung Piai yang terletak dalam daerah Pontian di Johor memiliki lokasi berehat dan menikmati hidangan yang unik yang sudah tular di media sosial dengan pendekatan hidangan yang unik dengan gaya berbeza.

Kedai Kopi Tenggek sudah semestinya dikenali oleh mereka yang aktif di media sosial kerana kedai ini sudah viral dek kerana penyediaan kopinya yang berbeza iaitu dengan menggunakan kole beli seakan-akan bertenggek di atas gelas yang diguna untuk diminum.

Kopi tenggek yang popular di kedai ini di Tanjung Piai.

Saban hari kedai ini dipenuhi ramai pelanggan yang datang ada yang dari jauh dari ibu kota Kuala Lumpur semata-mata hendak menikmati kopi berbeza ini.

Kedai Kopi Tenggek terletak kira-kira 4 kilometer dari lokasi Taman Negara Johor Tanjung Piai yang menempatkan tempat paling istimewa iaitu lokasi tanah daratan paling selatan benua Asia dan ia terletak di Johor.

Jika anda sampai ke sini, anda sudah pun menjejakkan kaki ke lokasi paling hujung di semenanjung.

Lokasi ini popular kerana orang ramai datang bergambar untuk jadi saksi bahawa mereka sudah berada di sini.

Selepas penat berjalan, anda boleh menikmati kopi berbeza di Kopi Tenggek pula.

Leave a Reply