‘Hidangan Baru’ Atau Aku Janji Menanti Rakyat Johor

Hebahkan !!!

Oleh: Maria Dass

BATU PAHAT – Barisan Nasional (BN) bakal menawarkan hidangan baru atau aku janji istimewa sekiranya dapat membentuk kerajaan negeri di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan 12 Mac nanti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, aku janji yang bakal dilaksanakan sekiranya BN diberi mandat mengandungi beberapa elemen penting demi rakyat.

Beliau berkata, ia termasuk memberikan harapan dan ‘hidangan baru’ kepada pengundi pertama kali berusia 18 ke 21 tahun dan pengundi yang belum berdaftar sebelum ini.

“Beberapa perkara aku janji atau manifesto diumumkan ia akan dapat menjamin kestabilan negeri ini.

“Kestabilan dimaksudkan termasuk politik dan kita akan mahu meletakkan semula negeri Johor sebagai negeri nombor satu di Malaysia, maju dan sejahtera.

“Kita juga memfokus pelaburan asing serta pelaburan dalam negeri ditambah dengan peluang peniagaan bagi mewujudkan usahawan baru.

“Manakala di kawasan felda, kita bakal menawarkan rumah generasi kedua di kalangan peneroka-peneroka felda muda serta kemudahan bersesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media di Majlis Perjumpaan Presiden UMNO bersama calon BN DUN Semarang dekat Ayer Hitam hari ini.

Leave a Reply