Satu Perubahan Besar Akan Berlaku Di Johor – Zahid Hamidi.

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad.

“Dengan tidak mendahului hukum Allah saya yakin rakyat negeri Johor akan Kembali memberi UMNO memerintah seperti dahulu’ kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Sekali Lagi kita akan jadikan Johor simpanan tetap atau Fix deposit UMNO” kata Presiden UMNO dalam ucapan nya kepada para penyokong UMNO di sesi minum pagi di Parit Ismail , Benut sebentar tadi.

Ambil lah peluang di PRN Johor ini untuk kembalikan Barisan Nasional, ujar Zahid,

“BN meletak kan 56 calon di mana UMNO meletakkan 37 calon , dari semua  ini kita akan pastikan satu perubahan besar akan berlaku di negeri Johor’ kata nya.

Ini kerana muka muka baru yang akan di letak kan teridiri dari kalangan calon muda dan berkelulusan tinggi.

71.8% ada lah calon calon baru. 88% calon itu berkelulusan tinggi dan Universiti.

Maka atas sebab pertaruhan calon calon ini, Presiden UMNO merasakan jika BN di pilih, maka johor akan diwakili mereka mereka yang ‘fresh’ dan berkelulusan.

Rakyat Johor usah lepaskan peluang ini , dan harus kembalikan UMNO dan BN ke tampuk kuasa untuk terus memacu negeri Johor kembalikan kegemilangan nya yang telah jatuh ke nombor lapan sejak kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional memerintah , kata Zahid.

Ahmad Zahid berucap dalam siri kempen nya untuk PRN Johor hari ini yang juga merupakan hari penamaan calon bagi PRN negeri itu.

Leave a Reply