Hasni Berdepan Pertandingan Empat Penjuru Di DUN Benut

Hebahkan !!!
Calon Barisan Nasional (BN) yang juga Pengerusi BN Negeri dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad keluar dari pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Benut, Pontian selepas selesai proses penamaan calon pada kira-kira pukul 11 pagi – Foto MY-NEWS ONLINE

PONTIAN – Menteri Besar Johor dan juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Hasni Mohammad berdepan pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac ini.

Hasni berpakaian Baju Melayu Teluk Belanga negeri Johor tiba kira-kira pukul 9.05 pagi di pusat penamaan calon DUN Benut di Dewan Serbaguna DUN Benut bagi menyerahkan borang pencalonannya.

Hasni merupakan penyandang kerusi berkenaan akan berdepan tiga calon lain iaitu dari Perikatan Nasional (PN) Senator Datuk Isa Ab Hamid, calon parti Pejuang Iskandar Noor Ibrahim dan calon PKR Haniff @ Ghazali Hosman.

Calon PKR Haniff @ Ghazali Hosman ketika tiba di Dewan Serbaguna Benut untuk menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding pada PRN Johor pada 12 Mac nanti.

Pengumuman pencalonan keempat-empat calon berkenaan dilakukan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Benut Mohd Rafi Abdullah.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, kerusi DUN itu dimenangi Hasni dengan dengan majoriti 4,447 undi selepas meraih 9,480 undi berbanding Zulkifly Tasrep (PKR) meraih 5,033 undi, manakala Mohd Firdaus Jaafar (Pas) mendapat 2,590 undi.

Proses penamaan calon bagi kerusi DUN Benut berjalan lancar dengan proses penyerahan borang pencalonan selesai pada pukul 9 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, kerusi DUN itu dimenangi Hasni dengan dengan majoriti 4,447 undi selepas meraih 9,480 undi berbanding Zulkifly Tasrep (PKR) meraih 5,033 undi, manakala Mohd Firdaus Jaafar (PAS) mendapat 2,590 undi.

Kerajaan Johor sebelum ini dilaporkan memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar, pada 21 Disember lalu.

Leave a Reply