Reputasi Bank Negara Terkait Rasuah Zeti, Gabenor Harus Beri Kenyataan Segera Lindung BNM, Atau Letak Jawatan

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad.

 Perkembangan kes 1MDB yang sangat disukai oleh peminat Pakatan Harapan dan Tun Mahathir , kini berhadapan “turning point” dalam skripnya apabila nama bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dipetik secara rasmi oleh Tim Leissner dalam perakuan bersumpah dalam mahkamah Brooklyn Amerika bahawa dia telah memberi sogokan kepada suami Zeti Taufeq Ayman bagi melicinkan proses meluluskan Bon.

Dengan pelulusan secara pantas kilat (overnight approval) wang rakyat Malaysia telah beralih keluar negara dengan nilai berbillion kepada Goldman Sach dan sekali gus keadalam akaun keluarga Zeti di Singapura.

Dalam kenyataan di mahkamah US, terdapat juga makluman bahawa suami Zeti mendapat dua kali bayaran , satu sebelum lulus dan satu bayaran selepas kelulusan.

Apa yang menarik ada lah , bekas Gabenor Tan Sri Zeti sangat liat untuk didakwa atas sebab dipercayai ada kaitan dengan Tun Mahathir dan Tun Daim.

(excerpt dari malaysiaToday)

Kini dengan terdedahnya bahawa seorang Gabenor Ketika menjawat telah meluluskan sesuatu atas sebab di sogok maka, nama Bank Negara Malaysia telah tercemar.

Nama negara dan bank pusat telah tercemar sebaik sahaja Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri kerana telah berbohong dengan jumlah hutang negara dan juga kedudukan kewangan negara, di mana Bank Negara tahu akan kedudukan sebenar tetapi “takut” untuk membidas Tun Mahathir , Lim Guan Eng dan Tony Pua.

Dengan isu terkini dimana Leissner yang membuat perakuan  sebagai saksi dalam kes mendakwa Roger Ng maka secara tidak langsung telah mencemar institusi kewangan negara dan integriti nya kini sudah hancur.

Tidak menjadi hairan kenapa semua negara “shun” negara Malaysia kerana mereka tahu badan seperti BNM pun turut tercemar dan “kotor”.

Ini tidak menghairankan kerana Lembaga Hasil Dalam Negeri juga nama nya turut tercemar dengan percukaian tidak telus akibat laporan polis oleh Datuk Seri Najib Razak di mana diselitkan dokumen palsu dan kiraan yang tidak dapat dibuktikan bagaimana jumlah cukai itu dikira. (how the tax figure arrive).

Sebelum ini, badan seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia juga turut tercemar nama nya dengan pendakwaan secara selektif dan semua ProMahathir selamat dan yang anti Mahathir sahaja yang kena.

Pendek kata, apa sahaja yang ada sentuhan Mahathir pasti rosak dan dipergunakan untuk kepentingan nya.

Kini, dengan pendedahan secara rasmi dalam mahkamah tinggi Amerika, bahawa Zeti meluluskan dengan kadar pantas kilat ada lah atas sebab menerima sogokan , maka Bank Negara Malaysia harus membuat kenyataan.

Gabenor Bank Negara yang sedang menyandang jawatan juga harus membuat satu kenyataan rasmi dengan kadar segera untuk “damage control’.

(kenapa tiada follow up untuk tindakan di ambil)

Sebelum Zeti di dakwa (kertas siasatan sudah di meja Peguam Negara, tapi entah bila hendak mendakwa?) Gabenor Tan Sri Datuk Noor Shamsiah harus membuat kenyataan terbuka pendirian dan kedudukan Bank Negara terhadap Kes Zeti.

Ini sangat perlu demi integriti Bank Negara Malaysia.

Shamsiah juga tidak perlu menunggu arahan dari ‘pihak pihak’ tertentu untuk membuat kenyataan.

Jika Shamsiah terkait satu hari nanti apabila Barisan Nasional berkuasa “pihak pihak” ini akan cuci tangan dan menjauhkan diri.

Semenjak terdedah BNM menyembunyikan maklumat dari CAD dan Polis Singapura berkenaan akaun sulit Zeti dan keluarga dari sumber “kotor” BNM telah dilihat seolah olah sekongkol dan berdiam diri.

Gabenor hari ini dikira benasib baik kerana tidak didakwa bersubahat melindungi maklumat dari pengetahuan pihak berkuasa.

Maka , atas jalan kebaikan dan ketelusan , disyorkan Gabenor memberi kenyataan rasmi atas perakuan Tim Leissner dan siasatan PDRM yang sudah siap tapi belum didakwa lagi.

Jika tidak , maka jalan terbaik ada lah meletak jawatan kerana itu jawatan Amanah rakyat dan bukan kerja untuk “pihak” tertentu.

Leave a Reply