Rasuah Zeti sudah Terdedah di Mahkamah Amerika , Peguam Negara Tunggu Apa Lagi?

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Perbicaraan Roger Ng di mahkamah Amerika berkenaan 1MDB mendapati pengkuan Tim Leissner bahawa secara rasmi beliau telah menghulurkan sogokan kepada suami bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Bayaran sogokan telah dibuat sebanyak dua kali, satu sebelum lulus dan satu lagi selepas diluluskan.

Dengan kenyataan ini , bahawa jelas , satu perlakuan jenayah telah di “established” tanpa keraguan.


Di Malaysia pula, Tan Seri Zeti dan Nor Yakob masih berdiam diri tanpa membuat kenyataan balas atau respon kepada berita viral berkenaan rasuah Liessner itu yang menjadi “world news”.Malah sekian lama masih berdiam diri.

Sekurang kurang nya perguna seorang peguam menjadi juruckap untuk memberi kenyataan.

Namun , kedua kroni Tun Mahathir ini terus membisu.

Dengan pendedahan terbaru ini, maka sudah tiada lagi sebab untuk Peguam Negara untuk menangguhkan lagi keputusan untuk mendalwa Tan Sri Zeti kerana perkara ini terlalu “obvious” dan sudah menjadi pengetahuan seluruh rakyat Malaysia dan dunia.

Perundangan negara akan terlihat cacat dan cela jika tidak “proceed” kes ini dengan segera.


Gambaran seolah pihak berkuasa cuba melindungi rasuah terpilih yang terkait dengan pihak pro mereka dan bersegera dan kes yang berkait musuh mereka.

Imej ‘selective persecution’ yang masih membelenggu negara mengakibatkan indeks rasuah kita meningkat.

Jika PDRM dan SPRM sudah selesai menyiasat waima terlalu lama masa yang diambil, maka apa lagi yang Pejabat Peguam negara masih belum serah ke mahkamah untuk di adili?

Arahan siapa yang Peguam Negara tunggu?

Leave a Reply