PRN Johor : BN Membariskan Lebih 70 Peratus Calon Muka Baharu

Hebahkan !!!

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) membariskan lebih 70 peratus calon muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

Pengerusi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia sekali gus menjadi penanda aras baharu pemilihan calon bagi parti itu dalam menghadapi pilihan raya selepas ini.

Katanya, BN turut menggunakan konsep WALI yang menggariskan tiga elemen iaitu ‘winnable’, ‘acceptable’ dan ‘likeable’ dalam menentukan calon bagi PRN Johor.

“Lebih 80 peratus calon PRN Johor juga berusia 55 tahun ke bawah, manakala 80 peratus calon berkelulusan akademik serta profesional,” katanya berucap pada majlis pengumuman calon BN, di sini hari ini.

Katanya, kombinasi tiga elemen itu bukan hanya akan jadi perubahan besar dalam pemilihan calon BN selepas ini dan dalam masa sama tidak melupakan mereka yang berpengalaman dalam memberi perkhidmatan serta kesinambungan terbaik parti. – ©Berita Harian

Leave a Reply