Sajad Kata Dia Puas Hati Dapat Status Tukar Jantina Di Australia

Hebahkan !!!

Baru-baru ini, dalam satu live Instagram usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.

Dia Sajat, 35 mengakui berasa seperti dilahirkan semula dan sangat gembira kerana proses menukar status jantina di negara itu sangat mudah dilakukan.

“Saya gembira sangat semua dah selesai. Saya tukar ‘gender’ saya. Saya rasa selesa menjadi wanita, saya hargai kerana negara ini faham keadaan saya dan saya rasa sangat bebas sekarang.” katanya.

Sajat juga menyatakan yang dia akan kekal menggunakan nama Nur Sajat seperti yang semua orang sudah tahu sebelum ini.

Perkara tersebut diberitahu ketika salah seorang pengikutnya bertanya tentang nama baru selepas menukar status jantina di ruangan komen live Instagram tersebut.

Terdahulu, usahawan kosmetik itu difahamkan telah berhijrah ke Australia selepas berasa tidak selamat berada di Malaysia.

Beberapa waktu sebelum ini juga dia ada menyatakan mahu menjual rumah banglo miliknya dengan harga jutaan ringgit selepas beberapa perabot di dalam kediaman tersebut dilelong.

Untuk makluman, Sajat telah menjadi buruan pihak berkuasa sehingga melarikan diri ke Thailand sebelum ditahan oleh pihak Imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.

Leave a Reply