Rasuah Pegawai Dan Kakitangan KTMB RM2 Juta, Pengarah Syarikat Direman

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memberi suapan sebanyak RM2 juta kepada pegawai dan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada 2016 dan 2017.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh majistret Mohamad Fared Abdul Latif di Mahkamah Majistret di sini selepas permohonan reman dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 63 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 3.10 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Lelaki itu dipercayai memberi suapan kepada pegawai dan kakitangan KTMB sebagai dorongan membantu syarikatnya mendapatkan kerja-kerja pembinaan jalan kereta api serta pembangunan pelabuhan di Wilayah Songkhla, Thailand.

Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap yang mengesahkan tangkapan itu, turut memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Leave a Reply