Kalau Muhyiddin Tak Bohong, Kenapa Takut Bersumpah Laknat? – Zahid Hamidi

Hebahkan !!!

Tindakan menyeru Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melakukan sumpah laknat adalah satu cara segera untuk mempertahankan diri daripada tuduhan melakukan pembohongan.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau bukan taksub kepada sumpah tersebut tapi tuduhan berkenaan keterlaluan dan keadaaan itu memaksanya untuk melakukan sumpah itu.

Menurutnya, dalam keadaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin menghampiri dan menerima tohmahan sebegitu, beliau tidak mempunyai banyak pilihan.

“Jika membawanya ke mahkamah pasti panjang prosesnya dan hanya terbukti sesudah PRN Johor lama berakhir.

“Bersumpah bukan perkara main-main jika implikasinya mungkin tidak di dunia, tetapi di akhirat nanti.

“Itulah destinasi sebenar kehidupan setiap insan sedangkan dunia hanyalah tempat tumpangan sementara semata-mata.

“Kalau dia bercakap benar, kenapa takut untuk bersumpah laknat? Mungkin dia sebagai anak ulama sudah tahu akibatnya jika dia laksanakan sumpah laknat,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Portal Malaysiakini memetik Muhyiddin yang berkata beliau tidak mahu melaksanakan sumpah laknat kerana tidak perlu kerana dia tidak pernah berbohong.

Beliau menolak cabaran sumpah laknat Ahmad Zahid berkaitan dakwaan Presiden UMNO itu membawa timbunan fail dan memintanya campur tangan dalam kes mahkamah.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran di laman Facebooknya pula menyatakan beliau agak pelik kenapa Muhyiddin enggan melakukan sumpah berkenaan kalau tak berbohong.

“Biasanya yang tak pernah bohong akan berani bersumpah, dia ini lain pula,” kata Najib.

Biasanya jika dituduh menipu, seseorang itu akan melakukan sumpah laknat bagi mempertahankan kebenaran yang diperkatakannya tetapi dalam hal Muhyiddin ini lain pula pendekatan yang dibuat.

Leave a Reply