Tiga Lelaki Afrika Menyamar Jadi Wanita Arab Cuba Masuk Ke Dubai Kantoi!!

Hebahkan !!!

Tiga orang lelaki Afrika baru-baru ini ditahan di Algeria kerana menyamar sebagai wanita Arab untuk mencapai matlamat mereka sampai ke Dubai.

Mereka bertiga ditahan dalam keadaan memakai tudung dan niqab dengan separuh wajah gelap mereka diwarnakan dengan solekan sehingga nampak putih seperti wanita Arab.

Ketiga-tiga mereka ditahan di Algeria selepas pihak berkuasa mendapati mereka nampak seperti bukan wanita Arab seperti yang mereka jelaskan.

Mereka meletakkan bedak asas yang tebal ke wajah mereka dan menggunakan solekan eyeliner hitam untuk penyamaran terbaik dan melepasi kawalan keselamatan sebagai wanita tetapi gagal.

Menurut laporan agensi berita Afrika Selatan, Kaya 959, kesemua mereka mahu pergi ke Dubai untuk mencari kerja yang lebih baik dan pendapatan yang lebih banyak di negeri Arab yang kaya raya itu. Malangnya rancangan mereka gagal di Algeria.

Tidak jelas apakah hukuman yang bakal mereka hadapi tetapi kemungkinan mereka akan dihantar semula ke negara asal mereka.

Gambar ketiga-tiga lelaki itu ketika ditahan tular di kebanyak negara di Afrika dan portal berita Arab selama hampir seminggu serta ia menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Kebanyakan netizen agak kagum dengan kebolehan mereka bersolek.

“Saya kagum dan hampir percaya mereka adalah wanita pada gambar pertama,” satu daripada komen menyebut.

“Saya mahu nombor telefon jurusolek mereka,” kata satu komen yang lain.

Kewarganegaraan mereka hangat diperdepatkan di media sosial. Ada yang mendakwa mereka dari Nigeria dan ada mendakwa mereka berasal dari Mali.

Leave a Reply