Tiada Surat Untuk Melaka , Dua Surat Untuk Johor,Tanda Mahathir Gelabah Sangat

Hebahkan !!!

 Oleh Sirajuddin Ahmad

PRN Negeri Johor menjadi sesuatu platform untuk menukar kerajaan bagi banyak pihak.

Namun kepada Mahathir, ia tidak begitu, PRN Johor menjadi platform menyelamatkan tengkok.

Atas sebab jika proksi nya Muhyiddin Yasin gagal pertahankan negeri Johor , maka kepastian tumbang di PRU15 bakal menyusul.

Jika Muhyiddn tumbang , Perikatan Nasional tumbang di susuli oleh Pakatan Harapan . maka Barisan Nasional akan memerintah.

Itu ketakutan utama Mahathir.

Jika Barisan Nasional memerintah dan Datuk Seri Najib Razak masih belum di penjara begitu juga Zahid Hamidi , maka Mahathir dan Daim terdedah kepada banyak perkara yang selama ini gagal didedah kerana cengkaman Mahathir di balik tirai.

Pekembangan terkini menyaksikan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan kewangan negara.

Kenyatan konon kedudukan kewangan negara sebenarnya parah kata nya.

Persoalan nya, semua pun sudah tahu kewangan  negara parah semenjak Tun Mahathir ambil alih.

Tapi atas sebab kerajaan BN meninggalkan banyak aset dan tidak mengusik banyak harta dan wang PETRONAS maka kerajaan pimpinan Tun Mahathir dapat membelanjakan secara joli sakan tanpa rakyat dapat merasainya.

Ketika memerintah selama duapuluh dua bulan , kerajaan Pakatan Harapan Tun Mahathir telah tidak membawa apa apa pelaburan besar malah akibat kan pelabur lari ke negara lain.

Pelabur saham “shun” bursa saham Kl dan bawa wang kenegara jiran.

Hutang Negara tidak susut walau satu sen pun walaupun konon nya negara di belenggu hutang kerana kerajaan Tun Mahathir tidak membayar hutang dengan penjualan aset, penjarahan PETRONAS samun gaji 40,000 kaki tangan awam dan Tarik semula elaun para nelayan , petani dan pesawah.

Ini ada lah fakta , bukan auta semacam yang Tun Mahathir suka pedaya rakyat.

Itu sebab Tun Mahathir tidak melayan lontaran maklumat di Facebook DSNR akibat tahu kebenaran fakta.

Tony Pua yang pada mulanya membanah dan perlekeh kenyatan Najib telah pun tarik diri dan berdiam diri kepada lontaran fakta berkenaan kewangan negara dari kenyataan Najib akibat takut akan di dakwa menipu fakta dan manupilasi akaun kewangan negara untuk kerja persepsi ,memburuk kan BN.

Tony Pua boleh di dakwa memberi gambaran palsu kewangan negara jika BN memerintah.

Ini kerana DSNR telah mendedahkn bahawa jumlah hutang negara di sebut sebagai RM1 trilion Ketika masih lagi RM686 bilion oleh PH dan Tony Pua untuk memberi gambaran buruk kepada BN dan DSNR.

Tony Pua telah mengira dua entiti hutang sebagai hutang langsung untuk di longgok kedalam hutang keseluruhan.

Ia bukan amalan standard mana mana SOP negara lain dan juga bukan amalan selaras badan seperti IMF.

PH telah mengalih tiang gol untuk perkara ini.

Selepas sanggahan DSNR kali kedua TP telah terus mendiam kan diri dan tidak respon.

Mungkin, jika BN Kembali berkuasa penuh orang seperti Datuk Lokman Adam atau Asyraf Wajidi boleh di guna kan untuk saran TP di dakwa kerana menggugat keharmonian kewangan negara kerana dakwaan palsu yang akibatkan pelabur lari.

Terkini, apabila Tun Mahathir menulis surat kali kedua di Johor , kami mendapat maklumat dari sumber, ia atas ketakutan proksi nya Muhyiddin dan PPBM hilang cengkaman kuasa di Johor lalu akan rebah di Federal.

Apabila rebah di Johor, maka akan di susuli rebah di pusat maka banyak hal kewangan akan tertogel, termasuk kenapa wang rakyat KWSP i-citra RM100,000 di halang oleh pro PN dan PH.

Selain itu kemana RM600 bilion telah di belanjakan dan di salurkan.

Banyak yang perlu di tutup.

Dua watak yang terlihat gelabah ada lah Muhyiddin dan Zafrul, kedua puppet Tun Mahathir dan Daim.

Maka Bangsa Johor harus berhati hati supaya mereka tidak makan lagi umpan surat kedua Tun Mahathir , ia umpama tangisan kepada cucu dalam drama air mata sebelum PRU14.

Akhirnya , apa rakyat dapat? 24 jam cerita 1MDB dan Najib, sambil anak dan kroni Mahathir dapat segala gala nya.

Fikir dan renunglah , kenapa sampai dua surat untuk Johor, dan tiada surat untuk Melaka?

Apakah orang Melaka tidak sama nilai dengan Bangsa Johor?

Ingat, tiada sesiapa pun yang penting kepada Mahathir, semua sekadar alat mengundi sahaja, selepas dapat undi, teruskan lah hidup anda dengan ikat perut, jangan meminta minta dari kerajaan dan jangan malas.

Telan lah kisah Najib 1MDB itu sampai kenyang, kerana yang penting bagi Mahathir hanya lah kroni , anak dan perniagaan sambil pastikan tiada yang berkuasa untuk mendakwa nya.

Leave a Reply