PH DAP Bakal Hilang 20% Pengundi Cina Di Johor

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad 

Hasil bualan talipon dan temubual atas talian oleh My-news.online kepada beberapa orang tokoh politik dan beberapa penganalisis mendapat satu maklumat yang agak menarik perhatian.

Walaupun mereka yang pihak kami panggil enggan kata kata dan pendapat mereka di ‘quote” atau nama mereka di sebut , namun yang pasti dari apa yang dibualkan ada lah pendapat yang hampir sama diberikan.

Dari Lima orang yang kami bual dan bertukar pandangan di WA , hampir semua berpendapat ada shift dari kalangan pengundi bukan Melayu terutama nya orang Cina kepada Barisan Nasional.

Ada seorang dari penganalisa ini memberitahu ia bukan kerana sayang kepada Barisan Nasional tetapi atas sebab tidak percaya kepada mana mana parti dari Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Seorang lecturer pula menyatakan orang Cina akan memberi sokongan kepada BN di Johor atas sebab “push faktor” dan bukan atas sebab “pull faktor,”  erti kata sebab untuk tidak suka undi DAP atau PH lebih  berat dari sebab mahu undi BN.

Ada salah seorang yang kami tanya dan bual pula merasakan orang Cina akan beralih sokongan kali ini atas sebab perniagaan terjejas dan tidak yakin kerajaan yang selain BN dapat “deliver” jika di pilih.

Keadaan ini tidak boleh “prolong” atas sebab “business will suffer” kata nya.

Ini terbukti dengan fakta dan statistic ekonomi , dan bukan persepsi politik.

“Business Reality” antara sebab masyarakat Cina akan beralih sokongan di Johor kali ini , walaupun jumlah nya tidak “substantial” tapi ‘sufficient amount”  untuk “create momentum” untuk PRU15 kata nya.

Salah seorang pula berkata “kesetian mereka tetap kepada DAP, namun ada juga elemen untuk mengajar DAP atas sebab berbohong setelah berkuasa.

Mungkin pada PRU15 mereka Kembali kepada DAP juga atas sebab sikap “parochial” yang ada sama seperti orang Kelantan mengundi PAS walaupun keperluan ekonomi mereka lari ke negeri lain kerana percaya para guru agama mereka tiada kepakaran mengujudkan pekerjaan dan juga berpendapat “rezeki ada di mana mana melainkan tempat mereka buang undi sahaja”.

Salah seorang yang kami minta pendapat berkata sikap diberi pada undian di Tanjung Piai masih ada hingga hari ini.

‘Frustration” di tipu masih di rasai oleh masyarakat Cina selepas PRU14.

Jika Tun Mahathir atau Lim Kit Siang turun berkempen di Johor , dikatakan akan membantu Barisan Nasional mendapat “advantage”.

Ini kerana imej “penipu” sangat di ingati oleh Masyarakat Tionghua.

Lim Kit Siang telah berjanji akan berundur jika Tun Mahathir tidak serah jawatan kepada Anwar Ibrahim.

Apabila sah Mahathir menipu janji serah jawatan kepada Anwar, Lim kit Siang masih enggan undur dan Tun Mahathir selamba sahaja buat pekak.

Maka , masyarakat Tionghua merasa mereka di tipu.

Selain itu , kata salah seorang professor yang sedang menyiapkan laporan untuk sebuah pihak yang mengupah nya berkata kepada kami kes rasuah terowong Lim Guan Eng juga ada mencetuskan sedikit rasa bersalah untuk mereka yang ada integriti  dari menyokong DAP.

Apa pun dia akui , Tun Mahathir dan Muhyiddin merasa gelisah akan hal “vote shift” kaum Cina dari menyokong PH dan PN dan maka atas sebab itu sasaran PN di tumpu kepada orang Melayu.

Apa pun dari kelima lima individu yang wartawan kami bual, empat setuju sekitar 18-20% orang Cina yang mengundi PH dan DAP pada PRU14 akan lari ke Barisan Nasional atas “whatever reason”.

 

Leave a Reply