Ada 18 Juta Unit Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19

Hebahkan !!!

PUTRAJAYA – Sebanyak 18 juta unit kit ujian pantas (RTK) Antigen Covid-19 tersedia di pasaran.

Ia berdasarkan statistik penguatkuasaan dan pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

KPDNHEP dalam kenyataannya memaklumkan, lapan pengilang yang mendapat kebenaran bersyarat menghasilkan RTK di Malaysia telah mengeluarkan 4.306 juta unit sehingga Februari.

Manakala, negara telah mengimport 2.34 juta unit RTK dari tujuh buah negara.

“Jumlah keberadaan RTK tambahan di pasaran sehingga hujung Februari adalah 6.647 juta unit,” katanya pada Selasa.

Ujar kementerian itu, aduan berhubung kekurangan bekalan RTK menunjukkan peratus yang sangat rendah.

“Pada tahun ini bermula 1 Januari sehingga 21 Februari hanya tiga aduan sahaja diterima oleh kementerian berhubung kekurangan bekalan kit ujian ini,” katanya.

“Julat harga RTK di pasaran adalah antara RM4.90 hingga RM19.90 pada ketika ini namun 80 peratus RTK dijual di bawah RM10 seunit,” katanya. – ©Sinar Harian

Leave a Reply