Tubuhkan RCI Siasat Perbelanjaan RM600  Bilion Oleh Kerajaan Muhyiddin

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad.

Ketakutan luarbiasa Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap PRN Johor semakin terserlah.

Tidak diketahui kenapa ketakutan luarbiasa TSMY kepada PRN Johor semakin terserlah dengan beberapa tindak tanduk TSMY sejak beberapa hari lalu.

Dari mencabar mahu menekan butang pada bila bila masa , sehingga lah butang tertekan sendiri oleh Menteri Besar Johor, Muhyiddin seolah olah ketakutan pada sesuatu jika ada PRN dan seterusnya jika tumbang di Johor akan ada PRU15 pula.

Ketakutan TSMY diikuti oleh ketakutan Tun Mahathir juga.

Jika di Melaka TSMY mahu jadi Poster Boy, tapi Di Johor tempat sendiri TSMY enggan jadi poster boy.

Malah TSMY juga lari dari Kawasan sendiri di DUN Gambir.

 

Tun Mahathir begitu juga, jika di Melaka akibat tiada billion billion untuk di rebut , partinya tidak bertanding , namun di Johor banyak juga Kawasan hendak di tandingi oleh PEJUANG.

Tun Mahathir tiada tulis surat warkah atau wasiat kepada orang Melaka, namun di Johor beliau menulis dua warkah dalam 2 minggu.

Kami di My-news.online mencari juga faktor faktor yang mendorong apakah yang akibatkan TSMY dan Tun Mahathir begitu teruja mahu “enter frame” dalam PRN Johor tapi elak betanding di Melaka.

Dari beberapa sumber yang kami terima dan dimaklumkan, TSMY tersangat takut jika Perikatan Nasional tumbang di Johor , kerana akan mengakibatkan momentum tumbang Di Putrajaya.

Akibat ini , maka Barisan Nasional akan mengambil alih .

Ini lah paling menakutkan kerana jika BN mengambil alih, perbelanjaan RM600 bilion akan di siasat.

Itu lah sebab Tun Mahathir juga secara tidak langsung mahu membantu kempen Muhyiddin Yassin.

TSMY juga baru baru ini meminta Tengku Zafrul memberi laporan kewangan kepada nya atas konon kewangan negara sudah bertambah parah.

Ini menimbulkan syak wasangka bahawa TSMY sedang melakukan kerja kerja Pre-emptive konon dia baru sedar keadaan kewangan negara semakin parah.

Sedangkan selama ini selama 22 bulan yang mengerjakan wang negara ada lah kerajaan Tun Mahathir dan disambung oleh kerajaan TSMY @ Kerajaan gagal.

Dipercayai saranan 1-Citra RM10,000 yang di desak di lulus oleh DSNR dan pemimpin UMNO juga adalah kerja tekanan kepada kerajaan Datuk Ismail Sabri supaya akhirnya memberi alasan sebenar kedudukan kewangan KWSP.

Mereka tahu keadaan sebenar dan RM600 bilion yang pergi begitu sahaja ada kaitan juga.

Ini lah yang sebab kan Tun Mahathir tidak keharuan dan gelisah.

Ini juga sebab nya sanggup menulis dua surat dalam dua minggu kepada Bangsa Johor dan tidak menulis apa apa untuk orang Melaka.

Maka siasatan RCI harus di laksana kan segera jika tidak segera dilakukan apabila kerajaan BN ambil alih nanti.

Rakyat jangan lepas peluang untuk tahu kemana wang mereka di belanjakan oleh kerajaan tersingkat dalam sejarah negara.

Sudah lah tersingkat belanja paling banyak pula mengalahkan 60 tahun UMNO dan semua Perdana Menteri UMNO sambil wang rakyat sendiri di KWSP tidak dapat di keluarkan.

Rakyat harus desak diadakan RCI perbelanjaan RM600 bilion dengan segera atau undi BN untuk realisasikan siasatan ini.

Leave a Reply