Sup Kala Jengking Bersama Ular Jadi Kegilaan Di Guangdong

Hebahkan !!!

Negara China sudah lama terkenal dengan jenis masakan tradisional yang pelik dan berbeza tetapi ada hidangan yang lebih aneh dan menakutkan dihidangkan untuk orang ramai di wilayah Guangdong.

Hidangan itu ialah hidangan sup ular dan kala jengking. Dalam hidangan itu, kala jengking diberikan seekor untuk orang ramai makan.

Di utara China, kala jengking bakar yang dihidangkan seperti sajian barbeku sudah popular sebagai hidangan warung tepi jalan tetapi di selatan, kala jengking lebih diminati dimakan dalam sup dengan ada potongan ular dan babi serta campuran herba lain.

Hidangan ini dianggap sebagai satu hidangan detoksin di sana.

Walaupun, hidangan sup kala jengking merupakan hidangan tradisi dan budaya di Guangdong, tetapi ia tidak mudah didapati di kebanyakan restoran di wilayah itu.

Ini adalah kerana bukan semua orang boleh memasaknya, ia memerlukan kemahiran khusus untuk membuang bisa serangga itu yang amat berbahaya.

Kala jengking berkenaan perlu direbus terlebih dahulu selama tiga jam bersama dengan ular dan babi serta bawang putih, halia dan sedikit sayuran.

Kalau anda melihat hidangan ini, sudah pasti ia merupakan satu hidangan yang kelihatan tidak menyelerakan langsung.

Difahamkan rasa hidangan itu yang paling diminati dan diburu. Ular yang dimasak biasanya diambil dari spesis ular air, daging babi dan kala jengking.

Walaupun kala jengkin sudah diketahui ia sejenis serangga berbahaya dan bukan makanan biasa, tetapi kebanyakan orang terus mencubanya kerana ingin merasa keenakannya.

Menurut perubatan tradisional cina, memakan sup kala jengking dan ular boleh merawat penyakit berkaitan tulang dan sendi seperti rheumatism, tekanan darah tinggi dan beberapa penyakit kulit.

Sesetengah restoran di sana mempromosikan hidangan itu sebagai satu cara untuk menyejukkan badan ketika hari yang panas.

Leave a Reply