Macron Dan Putin Berbincang Cari Penyelesaian Isu Ukraine

Hebahkan !!!

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin berikrar ‘mengelakkan ketegangan, mengurangkan risiko dan memelihara keamanan’ di timur Ukraine semasa perbincangan menerusi telefon pada Ahad, memetik kenyataan Pejabat Presiden Perancis, lapor agensi berita Xinhua.

Macron dan Putin bersetuju untuk meneruskan semula tindakan mengikut rangka kerja format Normandy berdasarkan pertukaran dan cadangan oleh Ukraine beberapa hari lalu.

Ia juga bagi membolehkan mesyuarat kumpulan hubungan tiga hala diadakan bertujuan untuk mencapai ‘komitmen kepada gencatan senjata’ daripada semua pihak berkepentingan.

Kedua-dua pemimpin juga sepakat mengenai keperluan penyelesaian diplomatik terhadap krisis semasa dan ‘melakukan apa sahaja untuk mencapainya’.

Selain itu, Menteri Perancis untuk Eropah dan Hal Ehwal Luar, Jean-Yves Le Drian dijangka bertemu rakan sejawatannya dari Rusia, Sergei Lavrov beberapa hari lagi dan mengadakan beberapa rundingan di Paris.

Ia juga bagi membolehkan mesyuarat kumpulan hubungan tiga hala diadakan beberapa jam akan datang yang bertujuan mencapai “komitmen kepada gencatan senjata” daripada semua pihak berkepentingan.

“Tugas diplomatik harus memastikan adanya kemajuan berdasarkan pertukaran terkini dengan melibatkan semua pihak berkepentingan… untuk mencapai, jika syarat-syarat dipenuhi, satu mesyuarat di peringkat tertinggi untuk menentukan peraturan baharu keamanan dan keselamatan di Eropah,” menurut kenyataan itu.

Macron turut mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada hujung minggu.

Leave a Reply