1MDB Isu Paling Lapuk Masih Digunakan Pembangkang

Hebahkan !!!

Tahukah anda? Cerita tentang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah jadi cerita paling lapuk tetapi masih digunakan pembangkang dalam kempen pilihan raya.

Berita berkaitan 1MDB berlaku pada tahun 2015 dan sekarang sudah tahun 2022.

Sudah hampir 6 tahun dah isu berkenaan berlalu dan prosiding mahkamah sedang berjalan tanpa ada gangguan, tapi masih digunakan oleh pembangkang.

Empat hari lepas, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu ceramah di Tangkak, Johor beliau sekali lagi menggunakan isu berkenaan sebagai bahan memburukkan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau merupakan individu paling terkesan dan tidak puas hati pada masa itu kerana beliau sampai dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Najib.

Katanya, dalam ceramah, beliau dipecat kerana mahu isu 1MDB disiasat tetapi sebenarnya menurut Najib Muhyiddin dikenakan tindakan berkenaan kerana melanggar Perlembagaan parti UMNO kerana menyertai satu program yang dianjurkan pembangkang.

Modal berkaitan 1MDB bukan sahaja mula digunakan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dulu tetapi ia dilaungkan pada setiap ceramah pembangkang dalam banyak pilihan raya kecil dan pada PRN Melaka lepas.

Kesudahannya, mereka kalah pada pilihan raya itu melalui gabungan Perikatan Nasional (PN). Malahan mereka kalah besar. PN tewas di 26 kerusi daripada 28 kerusi dalam PRN Melaka.

Parti Bersatu mempertaruhkan 15 calon mewakili PN tapi hanya menang dua kerusi sahaja.

Bagi satu lagi blok pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) yang masih suka menggunakan isu 1MDB, mereka juga kalah teruk pada PRN Melaka apabila hanya menang lima daripada 28 kerusi yang ditandingi.

Bagaimanapun, menjelang hari penamaan calon PRN Johor pada 26 Februari nanti, PN dan PH masih lagi selitkan isu 1MDB dalam ceramah mereka.

Bukan itu sahaja, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang ada kes mahkamah dan dilabelkan Kluster Mahkamah juga digunakan oleh mereka dengan menuduh PRN Johor diadakan disebabkan ada kaitan dengan mereka.

Padahal, apa sahaja keputusan pada PRN berkenaan takkan memberikan kesan pun pada prosiding kes mereka.

PH dan PN serta pembangkang sudah tidak ada isu yang lebih besar melainkan isu lapuk berkenaan untuk digunakan dalam usaha mereka menewaskan BN. Guna dan ulang benda yang sama.

Biasanya, jika guna semula, ia akan memberikan faedah kepada orang lain, tetapi strategi guna semula kali ini hanya akan menghasut pemikiran pengundi untuk terus menolak BN padahal parti itu yang banyak menaburkan bakti untuk rakyat.

Leave a Reply