Pemilik Kedai Maut Dikelar Dalam Pergaduhan

Hebahkan !!!

SERDANG -Seorang pemilik kedai menjual peralatan rumah dan pejabat maut dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, wanita berusia 29 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam premis perniagaan miliknya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat kejadian pergaduhan.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher.

“Mangsa dipercayai pemilik kedai, di mana berlakunya kejadian pergaduhan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Polis sedang mengenal pasti suspek dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – ©Berita Harian

Leave a Reply