Johor berisiko Tergadai Jika PEJUANG menang kerusi  

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Tun Mahathir telah membuktikan dia mampu bertindak solo jika dia ada sedikit kuasa.

Malah jika orang lain berkuasa pun Tun Mahathir mampu menyelitkan kehendak nya juga melalui pelbagai cara , ugutan,tekanan dan lain lan.

Sudah dua kerajaan bertukar Perdana Menteri , tapi Tengku Zafrul masih lagi menjadi Menteri Kewangan.

Ini bermakna , perlantikan dia bukan atas kehendak Perdana Menteri tetapi atas kehendak pihak yang lebih berkuasa dari Perdana Menteri.

Begitu juga dengan perlantikan Zeti Akhtar kepada jawatan PNB.

Tidak boleh di sentuh.

Tengku Zafrul tewas kepada Datuk Faris Alias Ketika berentap hendak menjadi calon CEO Maybank.

Ketika itu perlantikan tidak boleh di pengaruhi oleh orang yang mahu Zafrul.

Apakah kaitan semua cerita di atas berkenaan dengan topik?

Jawapan nya mudah sahaja, jika PRN Johor memberi kerusi keada PEJUANG, pemimpin mereka seperti Tun Mahathir akan sentiasa berpoitik 24 jam.

Mahathir akan guna tekanan melalui wakil mereka dalam DUN untuk sesuatu keputusan atau pun melakukan sesuatu.

Mahathir pula terkenal dengan isu isu tidak ada kepentingan rakyat melainkan Projek, kroni dan seumpama.

Maka, Johor tidak AKAN selamat.

Jika ada satu atau dua wakil PEJUANG dalam DUN, sudah memadai, ADUN dari pihak bukan PEJUANG yang kata “tidak setuju” di waktu pagi, pasti akan berkata “setuju” di waktu petang atas tipu daya dari pemimpin PEJUANG.

Pulau Batu Puteh telah terlepas oleh pemimpin PEJUANG Tun Mahathir.

Johor tidak perlukan PEJUANG bertapak di Johor.

Jangan beri seinci pun kepada parti anti orang miskin ini ,

Ketika berada dalam kerajaan 22 bulan , mereka anti rakyat meminta minta bantuan kerajaan.

Kini , mereka pakai baju PEJUANG untuk kaburi mata rakyat.

Tambah lagi dengan rekod anti monarki, ketegangan pasti berlaku dengan pihak Istana , jika calon PEJUANG ada dalam DUN.

Mereka ikut telunjuk Mahathir untuk apa apa keputusan.

Pulau Batu Puteh telah tergadai, maka PEJUANG perlu ada dalam DUN Johor untuk cantas apa apa cadangan ganti rugi atau dakwaan terhadap Tun Mahathir.

PEJUANG bukan parti Rakyat ,tapi parti “butik”  Tun Mahathir sahaja.

Ia untuk membida apabila PRU15 nanti dimana Tun Mahathir akan menjadi “top up’ kepada mana mana pihak sama ada BN. PN atau PH yang mahu kerusi PEJUANG dalam lima atau 6 kerusi atas sebab jumlah kerusi MP sama banyak.

Bidaan harus menyelit kan Mukhriz kepada jawatan tinggi.

Itu sebab PEJUANG tudak masuk mana mana puak dalam PARLIMEN, tapi cenderong membela Muhyiddin secara tidak langsung.

Apa pun rakyat Johor berhati hati dan berwaspada.

Ada niat PEJUANG tanding di Johor yang tidak tanding di MELAKA.

 

 

 

 

 

Leave a Reply