Zii Jia benam juara dunia

Hebahkan !!!

helmi.talkah@bh.com.my

SHAH ALAM: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tampil dengan aura tersendiri selepas bergerak secara profesional apabila mudah menumbangkan juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura, sebentar tadi.

Kemenangan 21-6, 21-14 dalam aksi pertama membabitkan Malaysia bertemu Singapura dalam aksi Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 itu membolehkan skuad negara mendahului 1-0.

Kali terakhir membabitkan pertemuan antara kedua-dua pemain menyaksikan Kean Yew yang berasal dari Pulau Pinang menang selepas Zii Jia menarik diri akibat kecederaan ketika final Terbuka Hylo di Jerman, November lalu.

Kemenangan hari ini juga membolehkan Zii Jia yang berada di kedudukan ranking nombor tujuh dunia melebarkan rekod pertemuan kepada 3-2 dengan Kean Yew.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Leave a Reply