UMNO sekarang sudah koyak rabak – Muhyiddin

Hebahkan !!!

MERSING – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin menyifatkan masa UMNO sudah pun berlalu walaupun pernah mencipta sejarah pada satu masa ketika dahulu.

Menurut beliau, UMNO yang ditubuhkan di Istana Besar Johor Bahru sekarang ini berbeza sama sekali dan sudah tidak seperti dahulu.

“Itu UMNO dahulu sekarang UMNO sudah koyak rabak, UMNO sekarang sudah tidak berupaya lagi, nampak ok tapi dalaman penuh bermacam-macam barah, rasuah, salah guna kuasa dan bermacam-macam lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Pentas Perikatan Nasional DewanUndangan Negeri (DUN) Tenggaroh PRN Johor, di pekarangan Learning Centre Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3, dekat sini pada malam Rabu.

Turut hadir Presiden Gerakan yang juga Timbalan Pengerusi PN, Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai; Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin dan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, selepas Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14), UMNO adalah parti yang kalah di peringkat Pusat dan juga negeri.

Katanya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di peringkat pusat dan negeri selepas Bersatu serta PN mengadakan kerjasama politik tetapi kini masih mendabik dada bahawa Johor adalah kubu mereka.

“Kalau ada yang kata Johor kubu kuat UMNO…’podah’, dia sudah kalah dulu (PRU14),” ujar bekas Perdana Menteri itu.

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

 

Leave a Reply