Rafizi ada “Formula Huru Hara” Untuk Kembali Berpolitik.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Tersebar berita dan khabaran bahawa “King Hasut” PKR , Rafizi Ramli akan Kembali aktif berpolitik.

Setelah menyepi sekian lama , kini apabila PRU15 hampir menjelma maka, orang seperti Rafizi tidak boleh tahan tanpa masuk campur mahu rebut kerusi dan jawatan dalam politik.

Walaupun Rafizi konon nya tidak aktif berpolitik selama ini, maklumat yang kami terima , Rafizi tetap aktif berpoltik dibelakang tirai tanpa ada cuti atau rehat.

Politik ada lah periuk nasi Rafizi.

Jika Tun Mahathir yang sudah berkurun berpolitik pun masih “gian” untuk terus berpolitik, inikan pula Rafizi yang masih muda umur politik nya.

Apa pun kembalinya Rafizi pasti menyebabkan “ruckus” dalam PKR sendiri, kerana dalam PKR masih ada kem kem tertentu.

Jika di imbas Kembali sejarah politik Rafizi , ia bukan kearah kesejahteraan rakyat tetapi sekadar menggangu kerajaan Barisan Nasional sahaja.

“Forte”  Rafizi adalah mencipta isu dan bukan menyelesaikan masalah.

Ada pihak berpendapat jika Datuk Loman Nor Adam adalah untuk UMNO , maka Rafizi ada lah versi PKR.

 Apa pun , selain memiliki ramai musuh dalam politik kerana fitnah dan kekuatan menimbulkan isu, Rafizi juga memiliki remain “internal enemy” dalam PKR.

Ambil contoh seperti Farhash Wafa Mubarak , Pengerusi PKR Perak, telah memberi komen sinis nya terhadap Rafizi dalam isu Kembali aktif berpolitik.

“Di alu alukan tapi tidak bermakna saya suka kepada nya” ada lah kenyataan awal Farhash terhadap Tindakan Rafizi Kembali aktif.

Selain itu ramai rakyat Malaysia telah berjaya di pedaya kan oleh Rafizi berkaitan caruman wang dalam simpanan Tabung Haji.

Ramai telah terhasut dan menarik keluar simpanan wang mereka , dan apabila tersedar dipedaya berkenaan kedudukan kewangan Tabung haji. giliran ataupun “que” menunaikan haji telah pun dibatalkan maka mereka telah kesal atas termakan hasutan Rafizi.

Selain itu , Rafizi juga tekenal dengan fitnah “cincin Rosmah” di mana jutaan rakyat telah percaya kepada kisah cincin itu walaupun tidak pernah melihat bukti berkenaan nya.

Akhirnya , Rafizi sekadar mohon maaf dan beri kenyataan “saya hanya bergurau” dalam prosiding mahkamah.

Tapi , apabila Rafizi mohon maaf, jutaan rakyat yang terhasut masih belum mohon maaf kepada Datin Rosmah Mansor atas sebab “ego” atau kebencian waima mereka bergelar Haji dan Hajah.

Banyak lagi perkara yang boleh di ceritakan berkenaan Rafizi, tapi cukup sekadar ini sahaja sebagai pemberitahuan, Raja Hasut Pakatan Harapan dan PKR sudah Kembali.

Ini negara demokrasi, jika pelesap wang negara RM30 bilion melalui FOREX dan pengadai Pulau Batu Puteh masih boleh berpolitik , apa salahnya Rafizi Kembali.

Sama juga dengan jika peliwat dan penSemburit masih kuat berpolitik , tidak salah kiranya Rafizi juga.

Leave a Reply