Orang Fasik Bawa Berita – PEJUANG Janji Bawa Kerajaan Penyayang kepada Bangsa Johor

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

“Tawaran Pejuang (di Johor) ialah sebuah kerajaan penyayang – Mukhriz Mahathir

Siapalah agaknya akan termakan dengan janji janji dan kata kata seperti diatas , yang datang dari mulut Mukhriz Mahathir yang mewakili Parti PEJUANG.

Mukhriz telah membuat kenyataan , rakyat Johor akan mendapat sebuah kerajaan Penyayang jika mereka memilih untuk mengundi Parti Pejuang Tanah Air, atau PEJUANG pada PRN Johor yang sedang berlangsung.

Seperti selamba sahaja Mukhirz berkata sedemikian seolah olah tidak menoleh belakang melihat sejarah Parti Pribumi Bersatu Malaysia menjadi kerajaan selama 22 bulan.

Ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan , dengan sombong kerajaan pimpinan ayah nya menempelak orang Melayu sebagai “pemalas” , “suka meminta bantuan kerajaan” , “jangan iri hati kepada orang kaya” dan “harus ikat perut”.

Akibat perbuatan durjana , merampas Kembali elaun elaun RELA, nelayan, petani dan membuang puluhan ribu kakitangan awam yang majoriti Melayu, kini, ada hati pula Mukhriz berjanji memberi kerajaan “Penyayang’ kepada Bangsa Johor.

Walaupun Mukhriz dan ayah nya cuba bersembunyi bertopeng di sebalik logo PEJUANG, namun rakyat tidak lupa PEJUANG ada lah sisa kumbahan kerajaan 22 bulan yang menzalimi rakyat.

Harta rakyat habis di lelong, tanah milik umat Islam habis di gadai, Aset Tabung Haji diaseret ke kaki MoF bukan Islam semua Ketika Mukhriz dan ayah nya bersama PakatanHarapan.

Itu kah rupa bentuk penyayang yang cuba PEJUANG persembahkan kepada Bangsa Johor?

 

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6).

Fasik juga berarti keluar dari kebenaran.

Rekod menipu pengundi pada PRU14 dengan janji 100 hari dan manifesto bukan kitab janji , masih terngiang ngiang di telinga rakyat.

Hapus PTPN , Hapus Tol, Pelajaran percuma, hapus AES , semua dalam janji kerajaan 22 bulan yang ahli PEJUANG ada bersama dalam kerajaan menipu pengundi sebagai ahli PPBM Ketika itu.

Sudah lah tidak tunai janji, sebalik nya rakyat tanggung hutang baru yang di buat kerajaan 22 bulan pimpinan Tun Mahathir.

Maka , dengan janji untuk Bangsa Johor ini, anggap lah kenyataan di angin lalu sahaja.

PEJUANG berjanji tidak realistik kerana diramal bakal kalah di banyak kerusi, dan jika menang satu atau dua kerusi tiada janji apa pun boleh ditunaikan.

Apa lah sangat Parti di pimpin oleh Sang Kedekut boleh beri pada rakyat?

Rakyat Johor usah termakan denga apa yang di janjikan , lihat kepada yang berjanji itu siapa , dan bukan apa yang dia janjikan.

Wang kerajaan pun kedekut, apa tah lagi wang sendiri.

 

 

 

Leave a Reply