Makanan Segera Dengan Ciri Pemanasan Sendiri Kini Diharamkan Dalam Pesawat Malaysia Airlines

Hebahkan !!!

Dengan pembukaan lebih banyak sempadan negara, sudah tentu lebih banyak orang akan keluar negara tidak lama lagi.

Sekiranya anda menggunakan penerbangan Malaysia Airlines, anda perlu tahu yang ada kategori makanan ini telah diharamkan dibawa masuk ke dalam penerbangan, sama ada melalui bagasi daftar masuk ataupun dipegang tangan.

Menerusi pengumuman di laman rasmi, syarikat penerbangan kebangsaan itu tidak lagi membenarkan makanan yang ada ciri pemanasan kendiri (self heating meals) ataupun sebarang pek pemanas berasaskan bahan kimia.

Mereka memaklumkan yang produk-produk in ibiasanya mengandungi bahan berbahaya seperti serbuk magnesium, serbu besi, karbon pepejal mudah terbakar ataupun kalsium oksida yang mengkakis.

Kesemua bahan ini boleh membebaskan gas mudah terbakar apabila bertindak balas dengan air.

Kebanyakan produk makanan dengan pek pemanas kendiri menggunakan kalsium oksida.

Sebanyak 3.1kg bahan ini bertindak balas dengan 1L akan membebaskan 3.54 MW tenaga yang cukup untuk mendidihkan banyak air.

Leave a Reply