Jika Tuanku TMJ Risau, Rakyat Johor juga perlu risau, Ekonomi Johor Hancur selepas Tahun 2018 Kata Tuanku

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Penukaran kerajaan sememangnya memberi kesan mendalam kepada kehidupan harian rakyat.

Selain ia menukar sistem urusan ia juga menukar “approach” kerajaan baru kepada peluang ekonomi dan perniagaan.

Negeri Johor Darul Takzim antara negeri yang terkesan dengan perubahan kerajaan .

Negara jiran seperti Singapura dan pelaburnya menjauhkan diri dari mahu telibat dengan pelaburan skala mega di Johor atas sebab keadaan politik tidak menentu dan perubahan dasar yang tidak mesra pelabur oleh kerajaan yang tidak stabil dan tidak kuat mandat untuk buat keputusan.

Sebelum tahun 2018 , Pakatan Harapan dan Tun Mahathir sering memberikan gambaran buruk terhadap negara.

Antara “fake news” yang dimainkan oleh Tun Mahathir dan PH adalah negara dalam keadaan muflis, negara tiada wang dan negara banyak korupsi.

Perkara perkara ini akibatkan hilang keyakinan pihak pelabur baik pelabur pasarana, pelabur saham dan juga pelabur pengilangan.

 

Setelah kerajaan PH ambil alih, semua yang dijanjikan kepada pengundi. Seperti janji 100 hari dan manipesto telah di campak begitu sahaja tanpa rasa bersalah oleh kerajaan Tun Mahathir.

Kerajaan Mahathir sambung kehancuran ekonomi gdengan menjual banyak aset dengan harga lelong kepada pembeli pilihan.

Dua kali kemusnahan imej, satu membayangkan negara desperado perlukan wang, sambil itu hutang negara bertambah pula setelah jual segala galanya tanpa sedikit pun susut jumlah hutang.

 

Kami di My-news.online sempat baca satu hantaran dari DYMM Tunku Ismail (TMJ) berkenaan keresahan Tuanku terhadap kedudukan ekonomi negeri rentetan penukaran kerajaan selepas jatuh nya kerajaan Barisan Nasional.

Fakta tidak berbohong.

 

 

 

Negeri Johor tidak boleh selama lama nya berada didalam keadaan seperti hari ini.

Sebuah kerajaan yang stabil dan ada misi dan misi seperti Barisan Nasional perlu dikembalikan.

Johor Darul Takzim bukan negeri teori dan retorik, ia negeri bersejarah dan bermaruah , sebuah kerajaan hasil perkahwinan songsang tidak sesuai memerintah Johor, sebuah kerajaan stabil dan kukuh sangat diperlukan, dan BN telah pun terbukti dalam hal ini.

Rakyat johor , akur lah dengan mesej yang disampaikan oleh Tuanku TMJ.

Leave a Reply