Muhyiddin , Kenapa Ketakutan?  

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Semakin hampir hari pengundian di PRN Johor , semakin dasyat cara cara diguna oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerang UMNO terutama nya terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Dalam nota serang menyerang antara TSMY dan DSNR terlihat betapa bersungguh sungguh TSMY menyerang DSNR dengan skrip “pengkhianat” dan skrip “1MDB”.

PRN Johor hanya satu proses demokrasi menukar kerajaan dan kepimpinan sahaja, tapi dengan gaya dan tingkah laku TSMY, terlihat begitu menonjol seolah olah terasuk hantu dan dalam ketakutan.

Serangan TSMY pula hanya tertumpu kepada DSNR dan bukan kepada pemimpin lain.

Boleh dikatakan seolah olah TSMY menganggap DSNR sahaja yang bertanding di PRN Johor.

Dalam banyak yang kami baca, semacam ada sesuatu yang sangat di takuti oleh TSMY pada PRN Johor.

Apakah yang sangat menakutkan TSMY pada PRN Johor?

TSMY tidak bertanding pun, lari dari Kawasan sendiri.

Mungkinkah jika PN dan PPBM tumbang di Johor, maka kerjaya politik Muhyiddin akan terus hancur?

Dan jika PN hancur di Johor maka potensi menang di PRU15 akan terus terpadam lalu , pemimpin PN dan PPBM khas nya akan terdedah kepada banyak perkara?

Ketika ini, parti PPBM bertidak sebagai “parasite” sejak awal ditubuhkan.

PPBM sentiasa menumpang kepada Sesuatu tanpa kebaikan dan kekuatan sendiri.

Pada awalnya PPBM menumpang nama Tun Mahathir, Tun Mahathir pula jadi “parasite” menumpang kepada DAP, dan kemudian sanggup mengadap Anwar Ibrahim mengadap Anwar di mahkamah untuk menumpang Pakatan Harapan.

Tapi, akibat tidak Amanah dan penuh muslihat, Tun Mahathir , telah menipu PH yang beri jawatan Perdana Menteri kepada Tun Mahathir lalu menyerah jawatan itu kepada kluster “Sheraton” di pimpin oleh TSMY.

Kini, apabila PRN Johor muncul , maka PPBM dalam ketakutan kerana imej jahat 22 bulan dan 17 bulan yang cuba di sembunyi belakang jenama Perikatan Nasional tidak di sahut oleh UMNO.

Namun , sebagai “parasite” , PPBM telah menunggang PAS pula.

PPBM kekal jadi parasit mngggunakan PAS sehingga hari ini.

Dalam serangan TSM terhadap DSNR, TSMY telah menunggang isu 1MDB ciptaan Mahathir.

Walaupun kes sudah berlangsung di mahkamah, TSMY cuba sedaya upaya seperti Mahathir, mahu rakyat mempercayai kes yang di reka khas untuk DSNR.

Sudah tujuh kali PRK dimenangi Barisan Nasional dan dua PRN Melaka dan Sarawak dengan kes berlangsung di mahkamah, ini bermakna rakyat sebagai hakim tidak peduli pun kes rekaan Mahathir itu.

Tambah lagi, muncul isu terbaru, Zeti Akhtar dan Nor Mohd Yakob kedua dua kroni Tun Mahathir miliki wang 1MDB dan cuba dilengahkan pendakwaan oleh pihak tertentu.

Ini telah membatalkan seluruh kredibiliti kes terhadap Najib.

Maka, Kembali kepada persoalan induk, kenapa Muhyiddin (bukan nama sebenar } begitu ketakutan dan dalam keadaan huru hara menghadapi PRN Johor?

Ada sesuatu kah yang rakyat tidak tahu , apabila PN dan PPBM tumbang di Johor sekaligus akan tumbang di Putrajaya nanti?

Apa yang hendak di sembunyikan?

Banyak sangat kah penyelewengan yang sedang di tutup di Putrajaya selama 22 bulan dan 17 bulan?

Leave a Reply